Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan sebelah petang dijangka dalam dua minggu pertama Oktober

Oct 02, 2023 | 08:46 PM



Singapura boleh jangkakan hujan petir tempoh singkat antara lewat pagi dengan petang pada kebanyakan hari dalam dua minggu pertama Oktober.

Ini disebabkan keadaan monsun barat daya yang lazim mungkin berterusan di Singapura dan kawasan sekitarnya, serta angin paras rendah dijangka terus bertiup dari tenggara atau barat daya pada kebanyakan hari.

“Suhu maksimum harian diramalkan berjulat antara 33 darjah selsius hingga 34 darjah selsius pada kebanyakan hari,” kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin.

Walaupun hujan dijangka pada kebanyakan hari dalam dua minggu akan datang, pakar cuaca berkata suhu maksimum harian masih boleh mencapai paras tinggi sedikit melebihi 34 darjah selsius pada satu atau dua hari.

Pada satu atau dua hari, sewaktu petang, hujan petir sederhana atau lebat diramalkan, disebabkan angin serantau, kata MSS.

Secara keseluruhan, hujan pada separuh pertama Oktober berkemungkinan berada di bawah purata bagi kebanyakan daerah Singapura.

Pada September, terdapat hujan petir tempoh singkat di beberapa bahagian pulau pada lewat pagi dan petang semasa beberapa hari. Keseluruhan hujan harian tertinggi bulan itu yang dianggar 157.5 milimeter dicatatkan di Kolam Air Lower Peirce pada 6 September.

“Kebanyakan bahagian Singapura mencatatkan hujan melebihi purata pada September. Kolam Air Lower Peirce mencatatkan hujan 85 peratus melebihi purata, dan Tengah mencatatkan hujan 45 peratus di bawah purata,” tambah MSS.

Suhu maksimum harian pada September melebihi 32 darjah selsius pada semua hari kecuali 24 September. Suhu maksimum harian tertinggi iaitu 34.9 darjah selsius dicatatkan di Sentosa pada 19 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >