Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibadah haji jemaah S'pura ditangguh lagi kerana Covid-19: Muis

May 27, 2021 | 06:53 PM



IBADAH haji bagi 900 jemaah Singapura tahun ini akan ditangguhkan ke tahun depan menyusuli munculnya gelombang jangkitan baru di peringkat sejagat yang melibatkan varian Covid-19 baru, umum Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Khamis (27 Mei).



Ini merupakan tahun kedua ibadah haji ditangguhkan.



Jemaah haji yang terjejas tahun ini adalah golongan yang ditangguhkan pelaksanaan haji mereka tahun lalu.



Dalam kenyataannya, MUIS berkata sehingga 25 Mei, Arab Saudi belum membuat keputusan rasmi mengenai Haji 2021 dan belum jelas sama ada ia dibuka kepada jemaah antarabangsa, termasuk warga Singapura.



Ini sedangkan tinggal sebulan sahaja penerbangan haji setempat lazimnya berlepas ke Arab Saudi.



Ekoran kesuntukan masa bagi persiapan rapi, Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan mengeluarkan semula fatwa haji 2020 pada tahun ini, kerana ia masih relevan kata anggotanya, Ustaz Fathurrahman Dawoed dalam satu sidang media maya pada Khamis.



“Bila kita lihat keadaan ini, Covid-19 semakin berleluasa, malah lebih teruk di sebahagian negara dan muncul varian baru yang mula merebak dan kadar kematian meningkat.



“Atas itu, Jawatakuasa Fatwa fikir fatwa yang dikeluarkan pada 2020 masih relevan dan harus diumumkan dengan segera sebab sekarang adalah Syawal. Kalau kebiasaannya, pada pertengahan Zulkaedah, jemaah sudah mula merancang,” ujarnya.



Menjelaskan tentang risiko kesihatan, pengarah perubatan bagi Divisyen Jagaan Utama, Pengarah Projek Operasi berkait Covid-19, Fullerton Health Singapore, Dr Faizal Kassim berkata lonjakan jangkitan dan penularan varian baru di beberapa negara lain, termasuk Singapura akan tentunya meningkatkan risiko pergerakan.



“Sebarang pergerakan besar-besaran seperti haji, kita harus pastikan jemaah selamat dan kesejahteraan serta kesihatan mereka dijaga dengan baik.



“Jadi, ada banyak risiko jika kita tidak bersedia, terutama jika diberikan masa sangat suntuk untuk membuat persiapan, kerana kita harus pastikan jemaah divaksin, keselamatan dijaga, memastikan langkah jarak selamat dan keupayaan pengujian sudah ada,” jelasnya.



Mempersetujui keputusan itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, berkata kalaupun ibadah haji dibuka kepada jemaah antarabangsa, ia akan diiringi dengan pelbagai langkah ke

tat termasuk kuarantin.



“Ini akhirnya boleh menyebabkan kos haji itu melambung, mung

kin sehingga berganda berbanding tahun lalu dan sebelumnya, tempoh yang singkat akibat masa diluang untuk kuarantin dan akibatnya, tidak dapat beribadah dengan sepenuhnya,” tambah beliau.



Kesemua 900 jemaah yang terjejas akan secara automatik dijadualkan melaksanakan haji pada 2022.



Namun kelayakan mereka akan bergantung kepada tuntutan yang dimandatkan oleh pihak berkuasa relevan Arab Saudi, serta keadaan Covid-19 di merata dunia dan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >