Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu lancar buku daripada 'kaca mata' anak sindrom Down

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



NUR Alyssa Mohd Azli seorang kanak-kanak 11 tahun yang gemar menari tatkala mendengar lagu-lagu kumpulan K-pop seperti Blackpink dan BTS.



Anak kecil ini juga seorang yang amat penyayang dan murah dengan kata-kata pujian.



"Saya baru sahaja selesai mandi dan berdandan pagi itu dan Alyssa menoleh ke arah saya kemudian berkata 'Mummy nampak cantik hari ini.'" ujar Cik Ilyana Ali, 42 tahun sambil tertawa mengingati telatah lucu anaknya.



Cik Ilyana menambah, terdapat satu lagi peristiwa semasa beliau meletakkan kakinya di atas meja kerana penat.



Alyssa kemudiannya datang dan meletakkan tangan ke atas bahu ibunya itu sambil berkata, 'Mummy, jaga diri.'



"Saya sendiri tak tahu dari mana dia belajar semua ini," kata Cik Ilyana lagi.



Terselit nada bangga dalam kata-kata ibu berusia 42 tahun itu sedang beliau menceritakan mengenai Nur Alyssa.



Nur Alyssa adalah seorang anak istimewa. Anak ketiga dari empat adik beradik itu mempunyai sindrom Down.



"Jika saya tidak beritahu anda, mungkin anda pun tidak dapat meneka Alyssa mempunyai sindrom Down," kata Cik Ilyana.



Menjelang Hari Sindrom Down Sedunia kelmarin, bekas guru itu telah melancarkan buku bertajuk My Name Is Alyssa, I Have Down Syndrome.



Buku itu ditulis melalui kaca mata Nur Alyssa dan bagaimana beliau juga mahu bermain bersama-sama dengan kanak-kanak lain.



"Saya ingin menceritakan kisah Alyssa," ujar Ilyana, seorang guru sekolah rendah selama 10 tahun sebelum menjadi suri rumah sepenuh masa semasa Nur Alyssa berusia lapan bulan.



Cik Ilyana berharap bahawa buku dwibahasa itu akan menjadi sebuah inspirasi bagi ibu bapa yang mempunyai anak dengan sindrom Down.



Beliau telah menulis dalam bahasa Inggeris dan kakaknya, Norliza Ali, 48 tahun, seorang guru sekolah menengah Bahasa Melayu menterjemahkan teks itu ke dalam Bahasa Melayu.



Menceritakan mengenai pembangunan Nur Alyssa, Cik Ilyana berkata:



"Pada awalnya agak sukar, lebih-lebih lagi dengan terapi dan rawatan...dengan semua yang telah dilaluinya, Alyssa tetap membesar sebagai seorang kanak-kanak yang ceria," ujar Cik Ilyana, sambil menambah beliau rasa bersyukur kerana sekolah aliran utama, Sekolah Rendah Opera Estate telah menerima anaknya untuk belajar di sekolah itu.



"Kanak-kanak sindrom Down berpotensi dan kita harus memberi mereka peluang," tambah beliau.



Sementara itu, My Name Is Alyssa, I Have Down Syndrome merupakan buku ketiga dalam siri I Am Unique, yang memperkenalkan pembaca muda dan ibu bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas, termasuk autism dan cerebral palsy.



Penerbit buku tersebut, Helang Books, sedang mencari dana atau penaja bagi dua lagi buku dwibahasa Inggeris-Cina mereka untuk siri buku yang sama tentang kanak-kanak yang menghidap diabetes dan buta.




"Pada awalnya agak sukar, lebih-lebih lagi dengan terapi dan rawatan...dengan semua yang telah dilaluinya, Alyssa tetap membesar sebagai seorang kanak-kanak yang ceria...Kanak-kanak sindrom Down berpotensi dan kita harus memberi mereka peluang."
- Cik Ilyana Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >