Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KidSTART bantu kanak-kanak keluarga susah: PENGALAMAN PENERIMA BANTUAN

Ibu muda syukur dapat bimbingan, bantuan

Apr 01, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI ibu tunggal muda, Cik Nuraishah Dawood perlu membahagikan masa antara membesarkan anak perempuan berusia 22 bulan dan pekerjaannya.



Cik Nuraishah yang tinggal bersama ibu dan abangnya di flat kawasan Jalan Besar, menjelaskan:



"Saya bekerja sebagai seorang pelayan di salah satu restoran. Jadi sebahagian besar masa saya terluang bekerja."



Mujur, beliau, 23 tahun, menerima bantuan dalam pembangunan kanak-kanak oleh KidSTART - program yang menyokong pembangunan awal kanak-kanak pada usia bayi hingga enam tahun dari keluarga berpendapatan rendah.



Ini setelah pada 2021, salah seorang daripada pekerja sosial menyarankannya untuk mendapatkan khidmat daripada kakitangan KidSTART.



"Sebagai seorang ibu kali pertama dengan anak kecil, saya bersyukur kerana diberi dampingan.



"Saya mengalu-alukan bantuan ini kerana ia melengkapkan saya dengan ilmu pembangunan kanak-kanak kecil," tambah beliau.



Kakitangan KidSTART akan datang dua kali sebulan untuk memberi bimbingan kepadanya mengenai pelbagai aspek pembangunan kanak-kanak.



Ini seperti cara mengendalikan bayi serta pendekatannya yang semuanya berlandaskan model LearningGames.



Model tersebut berteraskan perkongsian pengalaman atau permainan yang dimainkan antara orang dewasa dengan satu atau dua kanak-kanak mengikut peringkat umur.



Ia merupakan sebahagian daripada kurikulum Pendekatan Abecedarian, yang mana terdapat 200 aktiviti tersedia untuk membimbing perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal di kalangan kanak-kanak kecil.



Bagi Cik Nuraishah misalnya, beliau didedahkan dengan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anaknya untuk memperhalusi daya kognitif si cilik.



"Permainan berlandaskan pelajaran disesuaikan mengikut peringkat pembangunan anak saya.



"Oleh itu, salah satu aktiviti yang diterapkan kepada saya adalah saya diberi tugasan untuk membimbing anak saya agar meletakkan makanan dalam botol susunya," jelasnya.



Di samping itu, beliau turut diberi bimbingan dari aspek kesejahteraan mental setelah beliau dihantar untuk penilaian mental.



Ini menurutnya banyak membantu dalam menguatkan lagi ketahanan mental.



Selain itu, beliau turut menerima sumbangan buah-buahan segar dan lampin bayi secara bulanan, yang sedikit sebanyak meringankan kos yang perlu ditanggungnya.



Semua ini, menurutnya, membantu beliau tumpu kepada memberikan yang terbaik bagi anaknya.



"Saya dapat lihat yang anak saya pantas menggarap (sesuatu) dan saya teruja dengan pembangunannya.



"Justeru, saya mengalu-alukan interaksi dan dampingan yang diberikan oleh KidSTART setiap kali mereka datang membuat kunjungan ke rumah," tambah Cik Nuraishah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >