Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IBU TELADAN DAN IBU TELADAN MUDA

Ibu 'tunggal', ibu titipan kekal bersemangat menjaga anak

Oct 24, 2021 | 05:30 AM



DUA wanita ini menghadapi cabaran yang berbeza namun pahit jerih yang dihadapi tidak pernah mematahkan semangat mereka.



Cik Sapiah Haron, 53 tahun, telah membesarkan anaknya tanpa suami kerana suaminya, seorang warga asing, berada di rantauan selama sembilan tahun dari 1995.



Seorang lagi wanita, Cik Far'ain Haron, 33 tahun, memikul tanggungjawab sebagai ibu titipan relawan dalam masyarakat.



Ketabahan dan kecekalan kededua wanita ini diiktiraf masing-masing dengan Anugerah Ibu Teladan (EMA) dan Anugerah Ibu Teladan Muda (EYMA), anjuran Jamiyah Singapura, semalam.



Apabila ditemui Berita Harian (BH), Cik Sapiah berkata setiap ibu ingin melihat anak mereka cemerlang.



Beliau yang merupakan ibu kepada empat orang anak, menceritakan kenangan pahit apabila keseorangan menjaga anak sulungnya.



"Saya harus memainkan peranan sebagai ibu dan ayah kepada anak perempuan saya, sambil memberi berita terkini kepada suami menerusi tulisan surat,' ujar pemilik gerai nasi padang di Boon Lay.



"Anak sulung saya adalah rakan baik saya selamanya, kerana selama sembilan tahun hanya kita berdua menempuh cabaran hidup," tambahnya.



Ibu dan anak itu hanya mula tinggal bersama apabila anaknya berusia tujuh tahun. Sebelum itu, Cik Sapiah harus bekerja untuk mendapatkan lebih pendapatan demi perbelanjaan mereka berdua dan terpaksa meletakkan anaknya dalam penjagaan orang lain, semasa bekerja.



"Saya mendidiknya untuk menjadi seorang yang penyabar, memahami dan berdikari - seseorang yang beri manfaat kepada masyarakat," tambahnya.



Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kesusahan mereka tidak menghalang puterinya untuk mencapai keputusan yang baik pada Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' dan anaknya itu kini seorang jururawat.



Bersatu semula bersama suaminya pada 2004, keluarga itu sekarang mempunyai hubungan yang sangat rapat.



Bagi Cik Far'ain Jaafar, 33 tahun, beliau mula menjadi ibu titipan sejak berusia 28 tahun.



"Saya ingin mendedikasikan anugerah ini kepada semua kaum ibu dan semua yang memainkan peranan ibu kepada anak-anak dan masyarakat.



Menurutnya, ini adalah suatu minat yang tercetus apabila beliau menjadi relawan di Rumah Kanak-kanak Jamiyah ketika berusia 19 tahun.



Keinginannya untuk memohon menjadi ibu titipan berjaya setelah menunggu selama setahun selepas mendapat rumah bersama suami dan anak pertamanya, seorang anak istimewa, yang berusia tiga tahun pada masa itu.



"Kami mendapat panggilan untuk mengambil dua bayi dan serta-merta saya menjadi ibu kepada tiga anak," ujar penulis buku kanak-kanak itu.



Sejauh ini beliau menjadi ibu titipan kepada lima anak.



"Terdapat banyak cabaran untuk menjadi ibu titipan di samping anak-anak sendiri. Namun, kanak-kanak itu juga memerlukan kasih sayang dan saya akan selalu mendoakan yang terbaik untuk mereka walaupun mereka sudah tidak dalam penjagaan saya," jelas ibu kepada tiga anak, dua anak kandung dan satu anak titipan.



"Saya harap saya akan lebih peka akan perbezaan anak angkat dan anak titipan kerana masih ramai yang kurang memahami akan kededua konsep ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >