Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA rampas 3 pedang yang dikesan dalam kontena kapal di Stesen Pengimbasan Tanjong Pagar

ICA
Mar 10, 2022 | 08:48 PM



TIGA pedang katana telah dirampas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) daripada kontena yang memasuki negara ini di Stesen Pengimbasan Tanjong Pagar pada 8 Februari, menurut agensi itu dalam satu catatan Facebook pada Khamis (10 Mac).

ICA berkata pegawainya melihat imej mencurigakan semasa mengimbas kontena sarat kargo itu dan memutuskan membuka  kontena itu.

Pedang katana itu kemudian ditemui tersembunyi di dalam konsainan yang dilabel  ‘kad permainan’.





ICA berkata menjaga sempadan Singapura adalah keutamaannya.

“Kaedah penyembunyian serupa juga mungkin digunakan pengganas untuk menyeludup alat senjata  ke Singapura.

“ICA akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan untuk mengesan dan menghalang percubaan penyeludupan, untuk memastikan Singapura selamat,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >