Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Idea kreatif ubah stereotaip berpeluh shopping di bazar Raya

Bazar pop-up Raya, yang timbul cepat di tapak sementara bagi satu tempoh pendek, muncul di rumah kolonial di Taman Aeroangkasa Seletar hingga ke estet perindustrian, bumbung rumah kedai dan dewan ballroom tidak digunakan bagi majlis kahwin. Semuanya direka perancang acara muda. BERITA HARIAN melaporkan tentang kreativiti konsep bazar musiman ini, yang antara lain bertujuan menarik perniagaan, membantu peniaga dari rumah, dan memikat pelanggan generasi muda.
Apr 19, 2022 | 05:30 AM



BERPELUH beratur dan berasak-asak untuk memasuki bazar dan membeli-belah dalam suasana riuh-rendah dan hingar-bingar. Ini gambaran yang sering muncul dalam fikiran tentang pengalaman di bazar Raya.



Sekumpulan penganjur acara muda - Cik Ainur Rosyieqa Mohamad Anuar, 27 tahun; Cik Ferina Arriyani Mohd Fairuz, 29 tahun; Cik Aisyah Kennerley, 25 tahun; dan Cik Nurul Syafiqah Mohd Muhdi, 22 tahun - ingin mengubah stereotaip itu.



Apabila pasukan syarikat penganjur dan perancang majlis kahwin Whitevellum ini mengusahakan bazar Raya hujung minggu Ramadhan Festival di HAUS217 di Lavender Street dan MIURA di Joo Chiat Road, mereka berharap pengunjung merasakan pengalaman baru seronok membeli-belah.



Cik Ainur, lulusan ijazah pengurusan seni Maktab Seni Lasalle, berkata kepada Berita Harian: "Biasanya kami memberi tumpuan pada merancang majlis kahwin pelanggan. Apabila tiada majlis kahwin pada bulan puasa, kami terfikir mengapa tidak teruskan bisnes dengan mengadakan bazar pop-up bagi memenuhi cita rasa pelanggan, khususnya generasi muda.



"Maka, kami gembira klien yang sama-sama memeriahkan acara perkahwinan, seperti pengusaha baju pengantin dan pembuat kek, juga beralih pada konsep niaga musiman dengan menyiapkan baju dan kuih-muih atau kek untuk Lebaran."



Cik Ferina, lulusan ijazah pelancongan, pengurusan acara dan perhubungan awam Kaplan, Universiti Murdoch, menambah: "Ini kali pertama kami mengusahakan bazar, jadi tidak tahu bagaimana sambutannya. Alhamdulillah, kami dapat respons baik daripada peniaga dan pengunjung.



"Kami tahu agak tertekan buat sesetengah peniaga untuk memberi komitmen sebulan penuh meniaga pada Ramadan. Bazar pop-up ini memberi ruang buat mereka merasakan pengalaman meniaga pada hujung minggu.



"Penyewa gerai kami juga bertukar-tukar setiap minggu untuk membolehkan ramai mengambil bahagian," katanya.



Menurut Cik Ferina, pada minggu pertama Ramadhan Festival itu, mereka perlu fikirkan cara menarik pelanggan. Maka, mereka memanfaatkan strategi kreatif menggunakan bas ulang-alik 'Bas Raya' yang mengambil orang ramai dari Geylang ke lokasi Ramadhan Festival.



"Kami ibarat kidnap mereka dari pusat beli-belah sekitar Geylang sekejap untuk ke acara kami. Kami janji akan hantar mereka kembali ke tempat mereka diambil untuk sambung beli-belah seperti biasa. Bas kami dihias dengan dekor Lebaran. Kami pun main lagu Raya untuk tambah semangat berlebaran," ujarnya.



Pengalaman menganjurkan bazar Raya tentunya memberi kesan payah dilupakan buat Cik Aisyah dan Cik Syafiqah. Mereka sukakan semangat sepasukan empat wanita yang dapat memikirkan idea kreatif di luar kebiasaan dalam memaparkan bazar dengan jualan barangan yang sesuai dengan pembeli sebaya mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >