Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iktiraf kecekapan individu melalui kemahiran, bukan sekadar akademik

Jul 24, 2023 | 05:30 AM



Disebabkan landskap industri yang pesat dan sentiasa berkembang, pembelajaran yang kerap dan diamalkan sepanjang hayat menjadi satu keperluan hari ini.

Justeru, menimba ilmu hanya untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan tanpa kecekapan untuk menerapkannya dengan segera tidak akan memadai, kata Presiden Institut Teknologi Singapura (SIT), Profesor Chua Kee Chaing.

Ketika berucap di Persidangan Pembelajaran Gunaan universiti itu yang diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands pada Khamis, beliau menekankan bahawa pendekatan pendidikan berasaskan kecekapan atau CBE, membolehkan individu memberi tumpuan dalam memperoleh kemahiran dan pengetahuan khusus yang diperlukan bagi peranan pekerjaan tertentu.

“Ia membolehkan pelajar mengenal pasti jurang kemahiran mereka dengan lebih baik, sekali gus memastikan mereka mengetahui kecekapan yang diperlukan untuk merapatkan jurang ini.

“Oleh itu, CBE sangat sesuai untuk peningkatan kemahiran yang diperlukan dalam industri Singapura untuk kumpulan bakat mereka,” katanya.

CBE merupakan pendekatan pendidikan yang memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran dan pengetahuan menerusi demonstrasi kecekapan dalam kemahiran tertentu.

Ini berbeza daripada pendekatan pendidikan tradisional yang memberi penekanan berat kepada pendidikan berasaskan bilik darjah.

Penekanan CBE pula adalah untuk membangunkan bukan sahaja pengetahuan dan kemahiran, malah juga keupayaan untuk menerapkannya dalam dunia sebenar.

Kaedah ini dapat disesuaikan bagi memenuhi kebolehan pembelajaran yang berbeza dan ia mampu menghasilkan pelajar yang lebih cekap.

Menurut Profesor Chua, manfaat utama CBE adalah untuk membolehkan Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu atau RPL, kerana keupayaannya untuk menilai secara menyeluruh tahap kecekapan seseorang individu untuk melakukan sesuatu tugas.

Sebagai universiti pembelajaran gunaan Singapura, Profesor Chua berkongsi bahawa SIT ingin menjadi peneraju pemikiran dan pendukung pembelajaran menerusi kaedah CBE.

Melalui Akademi Pengajaran dan Pembelajaran (STLA) yang baru dilancarkan SIT, pelajar dewasa yang ingin meningkatkan kemahiran boleh memanfaatkan daya usaha baru ini yang akan mengiktiraf kedua-dua kelayakan formal dan pengetahuan yang diperolehi daripada pengalaman tidak formal.

Ini bermakna mereka boleh memiliki ijazah dalam masa yang lebih singkat, dengan adanya pembelajaran terdahulu yang diperoleh daripada kelayakan lalu, pensijilan industri atau pengalaman kerja diiktiraf.

Berkongsi lebih lanjut dengan Berita Harian (BH), Profesor Chua berkata, STLA akan menjadi peneraju utama usaha universiti dalam mengembangkan CBE.


“Saya usaha utama yang akan dipacu oleh akademi itu ialah pengenalan rangka kerja RPL yang inovatif untuk kecekapan yang lebih tinggi dalam mencapai kemahiran dan kelayakan baru.

“RPL merupakan pencapaian penting dalam landskap pendidikan tinggi di Singapura yang bertujuan untuk mengiktiraf secara holistik pembelajaran formal dan tidak formal yang diperolehi pelajar sebelum ini melalui kemahiran dan kelayakan daripada pensijilan pendidikan dan industri terdahulu serta pengalaman kerja.

“Melalui STLA, SIT juga akan membangunkan kaedah pengajaran yang berkesan melalui penyelidikan menyeluruh mengenai CBE, dan menawarkan perkhidmatan bimbingan untuk pelajar yang bekerja.

“Dalam jangka panjang, pelaksanaan RPL dan kecekapan serta berkelayakan akan membolehkan lebih banyak pengambilan pekerja berasaskan kemahiran berlaku dalam tenaga kerja,” tambahnya.

Pendekatan RPL adalah yang pertama seumpamanya dalam kalangan institut pengajian tinggi di sini.

Namun meskipun pelajar mungkin dikecualikan daripada beberapa modul berdasarkan kemahiran sedia ada, mereka perlu menunjukkan kecekapan itu melalui temu bual dan ujian bakat, sebagai contoh.

Daya usaha itu diperkenalkan di tengah-tengah gesaan memperhalusi amalan pengambilan pekerja di Singapura yang mengiktiraf kecekapan individu melalui kemahiran mereka dan bukan sekadar kelayakan kertas akademik.

Sebagai permulaan, seramai 50 individu yang diambil bekerja oleh Singtel dan firma teknologi NCS akan menjadi kumpulan pertama yang meraih manfaat daripada pendekatan RPL baru ini apabila mereka memulakan pengajian di SIT pada September.

Profesor Chua berkata rancangan itu adalah untuk mengambil hampir 150 pelajar yang dapat memanfaatkan laluan sedemikian dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

Acara pada Khamis lalu itu turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Dalam satu kenyataan, Encik Chan berkata daya usaha baru SIT untuk mengiktiraf pembelajaran terdahulu menghantar isyarat penting kepada majikan dan pekerja.

“Ia membolehkan kami bergerak melangkaui model penilaian berpusatkan ijazah dan membantu pelajar memulakan laluan kerjaya yang lebih bermakna yang saling berkaitan dengan pembelajaran,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >