Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH AL-ARABIAH

Ikuti kursus guna wadah dalam talian untuk mengajar

May 20, 2021 | 05:30 AM



SEJAK Julai tahun lalu, guru daripada Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI), Encik Del Rasouli Abdul Rashid, telah mula mengikuti kursus Google dalam talian untuk mempertingkat kemahirannya dalam penggunaan platform tersebut.



Malah bukan beliau sahaja tetapi kesemua 30 tenaga pengajar MAI telah mengikuti kursus Pendidik Google Peringkat 1.



Menurut Encik Rasouli, 43 tahun yang mengajar subjek Fizik dan teknologi infokom, secara keseluruhan, beliau perlu mengambil masa selama 13 jam untuk menelaah bahan dalam talian kursus itu di Pusat Guru Pendidikan Google.



Pada penghujung bulan Julai tahun lalu, beliau telah menduduki peperiksaan dalam talian selama tiga jam sebelum dianugerahkan pensijilan.



Meskipun kursus ini merupakan usaha tambahan yang dilakukan tenaga pengajar MAI untuk memperkukuh pengetahuan mereka mengenai penggunaan Google, Encik Rasouli berpendapat ia merupakan satu pelaburan yang baik terutama sekiranya negara perlu melaksanakan pembelajaran di rumah (HBL).



"Dengan sijil ini, ia memberi saya lebih banyak keyakinan dan pemahaman bagaimana untuk menggunakan Google dalam bilik darjah dan juga HBL.



"Ia juga telah mengubah sikap dan perspektif saya secara positif sebagai seorang pendidik," katanya lagi.



Menurut mudir MAI, Encik Herman Cher Ma'in, langkah sebegini dapat mempersiapkan lagi para guru dengan lebih baik lagi.



"Kami mula sedar dan faham bahawa HBL akan menjadi satu norma baru, lebih-lebih lagi dengan pandemik yang masih lagi berleluasa dalam masyarakat.



"Justeru untuk mempersiapkan diri bagi norma baru, pihak madrasah merasakan adalah peri pentingnya untuk kami memanfaatkan sistem pembelajaran yang terdapat dalam talian untuk mempermudahkan lagi tugas kita semasa mengajar di alam maya," ujarnya.



Antara yang dipelajari para guru di MAI semasa mengikuti kursus ini termasuk bagaimana untuk menggunakan Google Drive untuk menguruskan fail secara bersama antara guru dan pelajar ; bagaimana untuk menggunakan Google Meet secara berkesan untuk menjalankan mesyuarat dan kelas dalam talian; serta bagaimana untuk menggunakan Google Classroom untuk menguruskan bahan pembelajaran dalam talian selain memberikan tugasan kepada pelajar.



Encik Rasouli, yang telah mengajar di MAI selama 15 tahun berkata kemahiran yang diraih itu membolehkannya untuk berkolaborasi secara berkesan dengan tenaga pengajar yang lain.



"Menjadi seorang pendidik Google membantu saya dalam memperkemas proses mengajar dan pembelajaran selain memanfaatkan sistem pengurusan fail.



"Kami juga sebagai tenaga pengajar MAI dapat bekerjasama untuk meraih hasil pembelajaran terbaik bagi para pelajar kami sedang kami melangkah untuk menjalani satu lagi HBL dalam pandemik ini," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >