Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikuti sembang kru #NoTapis bersama 'The Chosen Wan'

Jun 22, 2019 | 05:30 AM



APAKAH kaitan hidangan Roti John dengan kerjaya Muhamad Ridhwan Ahmad dalam arena tinju profesional?



Apa pula ritual atau amalan atlit itu, yang dikenali sebagai Ridhwan 'The Chosen Wan', sebelum melangkah masuk ke gelanggang?



Ridhwan baru-baru ini menyertai kru #NoTapis dalam episod terbaru podcast terbitan Berita Harian (BH) itu.



Sembang Ridhwan bersama pengacara #NoTapis - personaliti popular, Suhaimi Yusof dan koresponden BH, Shahida Sarhid - telah dibahagikan kepada dua episod.



Episod pertama "Semuanya bermula dengan...Roti John" telah dimuat naik semalam, manakala episod kedua "Adakah masanya untuk The Chosen Wan gantung gloves?" pula sedia untuk dinikmati di aplikasi Spotify hari ini.



Ridhwan, 32 tahun, adalah petinju profesional paling berjaya di Singapura dengan rekod 11 kemenangan dan dua kekalahan.



Namun, baru-baru ini, beliau menghadapi kesulitan setelah pengurusnya menghilangkan diri bersama dengan separuh daripada wang milik Ridhwan hasil perlawanannya menentang petinju Namibia, Paulus Ambunda, di Marina Bay Sands, September lalu.



Ridhwan dijanjikan bayaran $30,000 daripada perlawanan itu.



Namun, hanya $15,000 sahaja yang dibayar dan wang itu telah digunakan petinju itu untuk membayar pasukan jurulatihnya.



Dalam podcast bersama BH itu, Ridhwan berkongsi perjalanan hidupnya daripada seorang remaja yang tercicir dari sekolah hingga berjinak-jinak sebagai petinju amatur sebelum mengambil langkah berani menjadi petinju profesional.



Sembang bersama beliau itu boleh dinikmati menerusi tiga langkah mudah berikut:



1. Muat turun aplikasi Spotify di telefon bijak.



2. Tekan #NoTapis di ruang pencarian podcast.



3. Follow #NoTapis dan nikmati podcast kami.



Selain episod bersama Ridhwan, orang ramai juga boleh menikmati podcast edisi khas Ramadan dan Hari Raya yang telah dimuat naik sebelum ini menampilkan kumpulan asatizah + pendakwah bebas dan penceramah motivasi, Ustazah Liyana Musfirah; pengurus pusat pengajian Al-Quran Al Jazari SG, Ustaz Muhammad Zahil Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Safinah Institute dan CEO, Forum Belia Muslim (MYF), Ustaz Zahid Zin.




#NoTapis ANTARA 10 PODCAST TERBAIK SPOTIFY!



HANYA selepas enam minggu 'ke udara', podcast siaran Berita Harian, #NoTapis, telah berjaya menembusi senarai 10 podcast paling didengari di carta Spotify.



Carta Podcast Spotify itu mengetengahkan program podcast yang terbaik - berdasarkan data pengguna termasuk jumlah muat turun, penstriman (streaming) dan tempoh mendengar - dalam ribuan sajian podcast yang tersedia di Spotify.



Khidmat 'streaming' muzik dan audio Spotify kini mempunyai 200 juta pengguna aktif setiap bulan termasuk sekitar 100 juta pengguna berbayar.



Episod pertama #NoTapis dilancarkan pada 10 Mei lalu.



Berita Harian memuat naik tiga episod setiap minggu pada Isnin, Rabu dan Jumaat (jam 12 tengah hari).



Nikmati kandungan #NoTapis dengan memuat turun aplikasi Spotify, tekan #NoTapis di ruang pencarian dan 'follow'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >