Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMDA lantik 5 Rakan Kerja Latihan bagi pertingkat kemahiran teknologi tenaga kerja

Sep 04, 2023 | 11:00 PM



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah melantik lima Rakan Kerja Latihan bagi membangunkan latihan yang praktikal dan relevan untuk memperdalam kemahiran teknologi tenaga kerja Singapura, khususnya dalam bidang teknologi utama seperti Kecerdasan Buatan (AI).

Ini sedang Ekonomi Digital merupakan penggerak utama dan memainkan peranan dalam mengembangkan ekonomi dan rizab negara.

Demikian diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, semasa berucap di Forum Tech3 anjuran Persatuan Komputer Singapura (SCS) di Ritz Carlton pada Jumaat.


Beliau berkata: “Kelima-lima Rakan Kongsi ini akan menyokong syarikat-syarikat membangunkan secara bersama program kemahiran semula bagi pekerja mereka dalam tiga bidang yang mana permintaan adalah kukuh dan berkembang – AI dan analitik, kejuruteraan sofwe, (pengkomputeran) awan dan mobiliti.”

Dalam satu kenyataan pada Isnin, IMDA berkata lima Rakan Kerja Latihan itu ialah Universiti Nasional Singapura (NUS); Politeknik Ngee Ann (NP); NTUC LearningHub; Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS); dan konsortium yang terdiri daripada Politeknik Temasek (TP), Politeknik Republik (RP) dan Generation Singapore.

Kenyataan itu menambah kelima-lima Rakan Kerja Latihan itu akan membangunkan kursus kemahiran semula dengan latihan yang memenuhi kemahiran kritikal yang diperlukan oleh karyawan AI seperti pengekodan dan pemprosesan bahasa semula jadi bagi analisis data.

Cik Teo berkata antara 2017 dan 2022, sektor Perhubungan dan Maklumat merupakan sektor yang berkembang paling pesat dalam ekonomi dan secara umumnya dikatakan sebagai teras ekonomi digital.

Dengan demikian, perkembangan pesat sektor tersebut dapat “membuka peluang baru bagi pekerja kita”, kata beliau.

“Tenaga kerja teknologi kita juga telah berkembang secara teguh.

“Ini sebahagiannya didorong oleh peningkatan pengambilan kursus berkenaan ICT (Teknologi Infokom) di universiti dan politeknik.

“Hampir semua disiplin lain telah menerapkan kurikulum dengan komponen digital,” jelas Cik Teo.

Menurut IMDA, ia sasarkan untuk melatih semula sekitar 18,000 pekerja dalam bidang AI dan Analitik dalam tiga tahun seterusnya.

Langkah sedemikian sejajar dengan Perancangan Perubahan Pekerjaan (JTM) bagi tenaga kerja Perhubungan dan Maklumat  yang dilancarkan IMDA pada Oktober 2022, tambah IMDA.

Pekerja dalam bidang bukan teknologi juga, kata IMDA, boleh mendapatkan latihan dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran teknologi lebih canggih seperti AI Generatif atau Generative AI.


Sebagai permulaan, lebih 20 syarikat daripada industri berbeza telah tampil dan melahirkan hasrat bekerjasama dengan Rakan Kerja Latihan JTM untuk menjalani kemahiran semula bagi pekerja mereka, jelas IMDA.

Cik Teo turut mengumumkan bahawa terdapat 800 pencalonan bagi edisi ketiga senarai Singapore 100 Women in Tech (SG100WIT).

Senarai tersebut bertujuan menarik dan membangunkan wanita dalam sektor teknologi Infokom di Singapura.

Jumlah pencalonan ini adalah 30 peratus lebih tinggi berbanding 2021, tambah beliau.

“Peningkatan ini sangat menggalakkan dan memberi isyarat minat dan pengiktirafan wanita yang semakin meningkat dalam industri teknologi,” ujarnya.

Forum itu dihadiri oleh sekitar 500 pengunjung dengan tema “Sudahkah Kita Bersedia untuk Kemelesetan Global? Bagaimana Kita Boleh Melaluinya dengan Pendigitalan”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >