Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMDA minta Disney keluar dua versi tetapi ditolak

Jun 15, 2022 | 05:30 AM



Dengan kandungan yang lebih sesuai bagi penonton lebih matang itu, IMDA telah meminta Disney untuk mempertimbang mengeluarkan dua versi filem itu, di bawah mekanisme Pengeluaran Rating Serentak (SRS) namun Disney telah menolak pilihan tersebut.



Diperkenal pada 2003, SRS membolehkan pengedar filem mengeluarkan versi berbeza filem yang sama bagi segmen pasaran yang berbeza - iaitu versi asal tanpa disunting bagi penonton matang yang ingin menonton filem itu secara keseluruhan serta versi yang telah disunting bagi penonton lebih muda atau mereka yang inginkan kandungan yang kurang eksplisit.



"Tujuannya adalah untuk memberi pengguna pilihan, dari segi versi yang mereka ingin tonton, dan membolehkan penonton lebih muda menonton Lightyear.



"(Disney) telah menolak pilihan ini," kata IMDA.



Antara filem yang pernah dikeluarkan di Singapura di bawah SRS termasuk Freaky pada 2020 dan Hellboy pada 2019.



Sebagai contoh, Freaky diberi rating M18, iaitu bagi penonton berusia 18 tahun dan ke atas sahaja, kerana mengandungi kandungan yang memaparkan keganasan.



Oleh kerana filem genre itu biasanya gemar ditonton golongan remaja dan penonton lebih muda, pengedar filem itu, United International Pictures (UIP), mengeluarkan versi yang disunting dengan rating NC16 untuk mendekati penonton lebih muda.



Dalam mencapai rating klasifikasi bagi Lightyear, IMDA dibimbing Garis Panduan Klasifikasi Filem, yang antara lain termasuk sensitif kepada nilai dan norma sosial yang secara umumnya boleh diterima orang awam.



Tambahnya, IMDA juga telah mendapatkan pandangan daripada jawatankuasa penasihatnya serta ibu bapa yang mempunyai anak kecil.



Jawatankuasa tersebut termasuk Panel Perundingan Filem (FCP), yang merangkumi 46 anggota daripada pelbagai latar belakang termasuk guru, pelajar, peguam, pensyarah, doktor dan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.



Dengan mengambil kira pandangan jawatankuasa itu, filem tersebut diklasifikasi dengan rating NC16.



Pengerusi FCP, Cik Cheryl Ng, berkata rating NC16 merupakan rating yang wajar bagi filem Lightyear.



"Sementara ini filem animasi yang baik dalam konteks Amerika Syarikat, Singapura merupakan masyarakat yang berbilang dengan pelbagai daya kepekaan dan pandangan.



"Memandangkan ini kartun kanak-kanak, sejumlah besar anggota FCP berpendapat bahawa langkah memaparkan perkahwinan antara pasangan sama jantina secara terang-terangan memerlukan rating lebih tinggi.



"Dalam kalangan anggota yang lebih bersedia mempertimbang rating yang lebih rendah, sesetengah mereka tidak selesa bahawa ini bermakna filem itu boleh ditayangkan tanpa disunting kepada penonton lebih meluas di televisyen bebas ke udara," ujar Cik Ng.



Tambahnya, adalah baik jika Disney dapat mengeluarkan dua versi filem itu supaya penonton lebih muda juga dapat menontonnya di pawagam.



Agensi berita Reuters sebelum ini melaporkan bahawa filem itu tidak akan ditayangkan di sekurang-kurangnya 14 negara Timur Tengah dan Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Menurut seorang penerbit filem itu, pihak berkuasa di China juga meminta filem itu disunting tetapi Disney enggan melakukannya.



Tambahnya, Disney belum menerima jawapan daripada pihak berkuasa di China sama ada mereka akan membenarkan filem tersebut ditayangkan di pawagam.



Oleh itu, beliau menganggap filem itu juga tidak akan ditayangkan di China.



China juga telah menolak gambaran homoseksualiti dalam filem sebelum ini.




FILEM LIGHTYEAR DIBERI RATING NC16 BERITA



"Tujuannya (Pengeluaran Rating Serentak atau SRS) adalah untuk memberi pengguna pilihan, dari segi versi yang mereka ingin tonton, dan membolehkan penonton lebih muda menonton Lightyear. (Disney) telah menolak pilihan ini."
- IMDA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >