Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Imej nostalgia bantu penumpang demensia cari jalan di pusat tukaran bas, MRT

Inisiatif Cari Jalan Anda bantu ingat lebih baik lorong perkhidmatan yang sering mereka guna
Feb 08, 2022 | 05:30 AM



SATU inisiatif baru telah dilancarkan untuk membantu penghidap demensia mengingati dengan lebih baik lorong perkhidmatan yang sering mereka kunjungi di persimpangan bas dan stesen MRT.



Inisiatif Cari Jalan Anda (Find Your Way) itu adalah yang pertama seumpamanya dalam nod pengangkutan awam tempatan yang melibatkan membahagikan pusat tukaran bas dan stesen MRT kepada zon berbeza, dengan setiap satu mewakili imej barang nostalgia berkod warna.



Melancarkan inisiatif pertama di Pusat Tukaran Bas Toa Payoh semalam, imej permainan atau aktiviti zaman kanak-kanak dahulu seperti batu selembat, capteh, bola kertas, guli dan memancing di longkang dilihat di lantai serta beberapa tiang di pusat tukaran bas itu.



Mengulas di laman Facebook tentang lawatannya ke pusat tukaran bas itu semalam, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, berkata usaha itu selaras Pelan Induk Pengangkutan Darat 2040 untuk menjadikan sistem pengangkutan awam lebih inklusif untuk memenuhi pelbagai keperluan penumpang.



"Saya berharap mural berkod warna ini akan menyediakan pusat tukaran bas lebih selamat, inklusif dan lebih mudah diakses penumpang yang menghidapi demensia, serta menarik perhatian ramai secara visual bagi penumpang lain.



"Perjalanan ke arah pengangkutan awam inklusif juga memerlukan semua penumpang menjadi lebih baik dan mengambil berat akan satu sama lain," kata Encik Chee.



Inisiatif itu akan juga dilancarkan di Pusat Tukaran Bas Ang Mo Kio, Boon Lay dan Hougang dan lima stesen MRT di Laluan Timur Laut dan Downtown - Chinatown, Boon Keng, Kovan, Mattar dan Geylang Bahru.



Menurut SBS Transit, mural-mural yang disediakan itu adalah hasil kerjasama penghidap demensia.



Antara mereka yang menjadi sebahagian daripada projek itu ialah Encik Mohamed Rosli, 58 tahun, penghidap demensia permulaan muda (young onset dementia).



Ditemui Berita Harian semalam, Encik Rosli, yang lebih dikenali sebagai Anjang, melahirkan perasaan gembira dapat membantu dalam projek itu.



"Kadangkala, sukar untuk orang biasa memahami apa yang kami alami.



"Jadi saya rasa gembira mereka memperkasa orang seperti saya untuk mengongsi pengalaman dan isu-isu yang kami mungkin hadapi semasa melakukan kerja harian, seperti menaiki pengangkutan awam," kata beliau, yang juga pengasas The Chapal Malay Dementia Community, sebuah masyarakat dalam talian yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang demensia dalam masyarakat Melayu/Islam.



Turut menghadiri pelancaran semalam ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SBS Transit, Encik Cheng Siak Kian, dan Ketua Eksekutif Dementia Singapore, Encik Jason Foo.



Encik Cheng berkata dengan profil usia masyarakat kian meningkat, inisiatif itu sesuatu yang harus dilakukan.



"Dengan adanya inisiatif seperti ini, mereka yang menghidap demensia dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, lebih berdikari dan dapat menggunakan pengangkutan awam.



"Sebagai penyedia pengangkutan awam, apa yang kami ingin lakukan ialah menyampaikan khidmat terbaik kepada semua," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >