Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ingin bantu pekerja asing? Salur derma di laman SG United

Apr 29, 2020 | 5:44 PM
SALURKAN BANTUAN: Pekerja asing di dormotori PPT Lodge dilihat sedang berdoa sewaktu pengagihan makanan untuk bersahur pada 24 April 2020. - ARRIFIN JAMAR
SALURKAN BANTUAN: Pekerja asing di dormotori PPT Lodge dilihat sedang berdoa sewaktu pengagihan makanan untuk bersahur pada 24 April 2020. - ARRIFIN JAMAR -

PASUKAN Bertindak silang agensi menggesa orang ramai yang ingin menderma bagi menyokong pekerja asing yang terjejas ekoran wabak Covid-19 ini untuk menderma menerusi laman SG United sedang pasukan itu ingin menyelaraskan pendermaan untuk menghulurkan bantuan kepada pekerja itu dengan cara yang berkesan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataannya hari ini berkata, pasukan itu telah menerima banyak bantuan oleh beberapa badan bukan pemerintah (NGO), perniagaan dan juga individu-individu yang ingin membantu pekerja asing dengan menderma barang makanan dan juga barang lain.

Oleh itu, MOM menggesa orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada pekerja asing untuk menyalurkan derma menerusi laman: www.sgunited.gov.sg/donate.

"Ini dapat membenarkan Pasukan Bertindak itu untuk terus menyalurkan sokongan dan pendermaan dari masyarakat dengan lebih berkesan kepada mereka yang dapat memanfaatkan sokongan itu dengan sepenuhnya," kata MOM.

Sehingga kini, pasukan itu yang telah bekerjasama dengan NGO seperti Alliance of Guest Workers Organisation (AGWO), COVID-19 Migrant Support Coalition, Crisis Relief Alliance dan Pusat Pekerja Asing (MWC) untuk memastikan pendermaan tersebut disampaikan kepada pekerja asing telah membantu seramai 20,000 pekerja setiap hari.

Ini termasuk menawarkan pek penjagaan, pelitup dan juga makanan bagi pekerja asing yang tidak ditawarkan makanan.

Hampir 70,000 pekerja asing juga telah menerima pek penjagaan dan bentuk bantuan lain oleh relawan daripada lebih 10 kumpulan masyarakat dan NGO, kata MOM.

"Pasukan Bertindak itu akan terus bekerjasama dengan NGO dan rakan masyararakat untuk memastikan keperluan pekerja asing dapat dipenuhi dengan baik," tegas MOM dalam kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg