Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin perkasa keluarga pendapatan rendah pertingkat mutu hidup

May 29, 2023 | 05:30 AM



MATLAMAT untuk mengubah nasib keluarga sudah ditetapkan, disertakan semangat berkobar untuk berusaha ke arah mencapai tujuan tersebut.

Namun, hambatan yang sering dihadapi keluarga kurang bernasib baik dalam proses ke arah mencapai matlamat itu -termasuk kurangnya sumber kewangan serta bantuan yang tidak sesuai dengan keperluan mereka - menyukarkan lagi usaha mempertingkat mutu kehidupan.

Menyaksikan perkara tersebut dalam pengalaman mereka berurusan dengan keluarga kurang bernasib baik, tiga pekerja sosial memutuskan untuk mengusahakan inisiatif bagi membantu memperkasa keluarga untuk berusaha ke arah matlamat yang ditetapkan sendiri.

Dengan pengalaman keseluruhan dalam bidang khidmat sosial selama lebih 10 tahun, Cik Siti Adriana Muhamad Rasip, Cik Sonia Mariana Muhammad Jalal, dan Palvindran Jayram telah memulakan inisiatif Empowered Families Initiative (EFI).

EFI diharap membantu memperkasa keluarga berpendapatan rendah dalam mengambil langkah mempertingkat mutu kehidupan mereka dengan memanfaatkan kekuatan keluarga itu sendiri dengan sokongan dana.

Ia meliputi Geran Bantuan $1,500 bagi setiap keluarga yang dapat dimanfaatkan dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan, contohnya sebagai modal perniagaan dari rumah atau untuk menjalani latihan bagi mempertingkat kemahiran.

Inisiatif tersebut juga akan memadankan serta menggandakan simpanan keluarga selama tempoh enam bulan. Contohnya jika keluarga tersebut menyimpan $100 setiap bulan, EFI akan memadankan simpanan itu dengan menambah $200.

Pengasas bersama inisiatif itu, Cik Siti Adriana berkata objektif utama inisiatif ini adalah supaya keluarga mempunyai autonomi sendiri dalam menentukan haluan hidup mereka.

“(Selama dalam sektor khidmat sosial) kami sering melihat keluarga yang terdorong untuk mencapai matlamat dan meningkatkan pendapatan keluarga namun dihambat oleh kurangnya sumber kewangan atau ketidaksesuaian inisiatif sedia ada dalam memenuhi keperluan aspirasi mereka.

“Jadi, kami ingin memperkasa keluarga untuk menggunakan dana bantuan yang disediakan untuk mengejar matlamat yang disesuaikan dengan keadaan hidup, bakat dan aspirasi yang unik kepada diri mereka sendiri,” kata Cik Siti Adriana, yang telah menceburi bidang khidmat sosial sejak sembilan tahun lalu.

Ciri inovatif huraian tersebut diiktiraf apabila ia terpilih sebagai pemenang pertandingan Dreams Asia, yang melihat pelbagai huraian inovatif untuk menghapuskan kemiskinan di Singapura ditandingkan bagi meraih hadiah $500,000.

Kata Cik Siti Adriana: “Kami harap, dengan memberikan keluarga-keluarga ini dana permulaan, membina aset mereka melalui simpanan serta sokongan dari keluarga lain yang mempunyai pengalaman serupa, mereka akan rasa terdorong dan yakin.

“Ini terutama sekali apabila mereka lihat bahawa sebenarnya mereka mampu mencapai matlamat tersebut.

“Kami harap ini dapat menjadi asas dan dorongan bagi mereka mengejar matlamat jangka panjang dalam mempertingkat mutu kehidupan keluarga.”

Langkah seterusnya bagi pasukan tersebut adalah untuk mempertingkat kerjasama dengan agensi khidmat sosial lain untuk memperluas projek itu dan menambah jumlah keluarga yang dibantu.

Individu serta pertubuhan yang berminat untuk bekerjasama dengan EFI boleh menghantarkan emel kepada empoweredfamilies.sg@gmail.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >