Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif baru SIT bantu tingkat kemahiran karyawan IT

MOU bersama tiga rakan industri, tiga politeknik sokong karyawan kekal relevan dalam industri
Nov 29, 2022 | 05:30 AM



KARYAWAN dewasa yang bekerja dalam sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) kini boleh meningkatkan kemahiran diri mereka sambil kekal dalam pekerjaan sepenuh masa melalui laluan pengiktirafan baru mikro bertindan berasaskan keupayaan, atau Competency-based Stackable Micro-credential (CSM).



Ini membolehkan mereka memperoleh keupayaan baru untuk mengambil peranan lebih besar dalam syarikat mereka atau beralih kepada teknologi baru.



Untuk menghasilkan inisiatif ini, Institut Teknologi Singapura (SIT) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan tiga rakan industri dan tiga politeknik.



Mereka termasuk NCS, Singtel, Persatuan Komputer Singapura, Politeknik Nanyang, Politeknik Singapura dan Politeknik Temasek.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, merupakan tetamu terhormat majlis tandatangan MOU yang diadakan di Arts House semalam.



"CSM adalah inisiatif pertama ditawarkan melalui kerjasama antara universiti dan politeknik. Pembelajaran fleksibel sebegini menambah usaha pengambilan, pengekalan, peningkatan kemahiran pekerja dan akan menjadi kunci kepada masa depan kerja," kata Encik Chan.



Melalui MOU ini, SIT akan mengendalikan laluan CSM melalui program ijazah tersedia, iatu Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Pengkomputeran Gunaan secara tentatif pada separuh akhir tahun akademik 2023/2024.



Laluan CSM ini boleh dikembangkan kepada lebih banyak program ijazah pada masa hadapan.



Pengiktirafan mikro ini akan mengambil masa kira-kira empat bulan untuk ditamat. Modaliti pembelajaran ini menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan menggalakkan pelajar dewasa mendalami ilmu mereka.



Presiden SIT, Profesor Chua Kee Chaing, berkata CSM menyediakan laluan alternatif untuk golongan dewasa yang bekerja untuk terus meningkatkan diri mereka dan kekal relevan dalam industri.



"Ini akan memenuhi aspirasi ramai golongan dewasa yang bekerja untuk mencapai pendidikan universiti sambil menyediakan pembelajaran yang fleksibel untuk mereka mencapai keupayaan yang lebih sesuai dengan keperluan pekerjaan atau membolehkan mereka mengambil alih peranan pekerjaan baru.



"Ini akan menyumbang kepada transformasi tenaga kerja yang sangat diperlukan oleh industri, terutamanya pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknikal yang mendalam seperti kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, pengkomputeran awan dan analisis data," kata Encik Chua.



Pelajar boleh mendaftar untuk pengiktirafan mikro individu yang diperlukan untuk pekerjaan mereka. Mereka yang bercita-cita untuk mendapatkan pendidikan universiti boleh menyusun beberapa pengiktirafan mikro dan menyelesaikan sebuah projek untuk memenuhi keperluan ijazah SIT.



Pengiktirafan mikro akan diadakan terutamanya melalui dalam talian dan ditambah dengan sesi fizikal bersemuka untuk eksperimen amali dan makmal. Susunan ini memaksimumkan fleksibiliti untuk pelajar mengimbangi pelajaran, pekerjaan, keluarga dan komitmen mereka yang lain.



Untuk memastikan perkaitan industri, SIT bekerjasama dengan Singtel dan NCS untuk mereka bentuk kurikulum ini.



SIT menjangkakan kohort hampir 150 pelajar menyertai laluan CSM bagi menyokong transformasi dan latihan tenaga kerja.



SIT juga sedang berbincang dengan politeknik terlibat untuk menyelaraskan dan mengiktiraf beberapa Diploma Lanjutan dan Diploma Pakar mereka sebagai pengiktirafan mikro yang berkelayakan.



"Ini akan memenuhi aspirasi ramai golongan dewasa yang bekerja untuk mencapai pendidikan universiti sambil menyediakan pembelajaran yang fleksibel untuk mereka mencapai keupayaan yang lebih sesuai dengan keperluan pekerjaan atau membolehkan mereka mengambil alih peranan pekerjaan baru."



- Profesor Chua Kee Chaing, Presiden Institut Teknologi Singapura (SIT). BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >