Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif baru tingkat kemahiran, bantu wanita kembali bekerja dilancar

Apr 03, 2023 | 05:30 AM



SATU inisiatif baru untuk tingkatkan kebolehpasaran golongan wanita Melayu/Islam telah dilancarkan dalam majlis Iftar Utara di Marsiling Mega Sports Park pada Ahad.



Inisiatif Pemerkasaan Wanita di Marsiling-Yew Tee (WE@MYT) disasarkan untuk golongan wanita yang ingin kembali bekerja; karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) wanita; pekerja pertengahan kerjaya dan perniagaan dari rumah (HBB) yang menetap di Marsiling-Yew Tee.



Ia merupakan sebahagian daripada usaha M³@Marsiling-Yew Tee untuk memperluaskan tumpuannya terhadap peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat, sejajar dengan Bidang-bidang Tumpuannya.



Dalam ucapannya, Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Marsiling-Yew Tee dan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang hadir sebagai tetamu terhormat, berkata:



"(Inisiatif) ini memberi tumpuan kepada kebolehpasaran wanita, dan membantu wanita untuk kembali ke alam pekerjaan serta melengkapkan mereka dengan kemahiran relevan, di samping membuka pelbagai peluang."



Turut hadir di majlis itu adalah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, dan penasihat GRO GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Hany Soh.



Di bawah inisiatif itu, dua program - Wanita di Tempat Kerja (W@W) kendalian Mendaki dan program pementoran oleh Akademi Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bagi HBB - telah dilakar.



Program W@W menawarkan latihan untuk golongan wanita yang telah berhenti daripada kerjaya mereka disebabkan tanggungjawab penjagaan atau seumpamanya untuk tingkatkan kemahiran dan memudahkan proses penukaran kerjaya apabila mereka memasuki semula alam pekerjaan.



Antara mereka yang telah meraih manfaat daripada W@W ialah Cik Sumiyati Saidi, 58 tahun.



Beliau menyertai program itu pada Oktober 2022 untuk "mempersiapkan diri dengan soalan temu ramah".



Pembantu Perpustakaan itu berkata: "Antara aspek yang saya pelajari termasuk melakar resume dan cara untuk buat persediaan bagi soalan temu ramah.



"Sedikit sebanyak, ia meningkatkan keyakinan saya."



Bagi HBB pula, DPPMS akan menawarkan pelbagai program untuk membantu dan membimbing mereka mengembangkan perniagaan, di samping menceburi bidang keusahawanan.



Dalam pada itu, majlis Iftar Utara dihadiri sekitar 3,000 tetamu dan turut menyaksikan pelbagai gerai pameran yang mengetengahkan peluang peningkatan kemahiran, kursus dan kerjaya daripada agensi-agensi seperti Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan NTUC Learning Hub.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >