Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif masyarakat baru sokong pengasuh orang kurang upaya akan dirintis pada 2022

Oct 20, 2021 | 07:02 PM



SEBUAH inisiatif masyarakat baru bagi menyokong pengasuh orang kurang upaya akan dirintis tahun depan.


Ini sedang golongan pengasuh itu meluangkan banyak masa dan tenaga menjaga orang yang mereka sayangi tetapi menghadapi tekanan dan kesepian.


Inisiatif Kumpulan Masyarakat (Community Circles) baru itu, oleh SG Enable, CaringSG dan Institut Pengajian Dasar (IPS), adalah salah satu cara sektor tidak meraih keuntungan di Singapura berinovasi dan bereksperimen dengan cara baru bagi mencapai kesan sosial, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, pada Rabu (20 Okt).


Beliau bercakap di Persidangan Transformasi Sektor Tidak Meraih Keuntungan IPS-Tote Board, sebuah acara dua hari yang diadakan secara maya sejak Rabu.


Inisiatif Kumpulan Masyarakat itu diilhamkan daripada usaha serupa di Britain, di mana kenalan masyarakat seseorang digerakkan bagi berkongsi tugas yang dapat membantu individu itu mencapai matlamatnya.


Anggota kumpulan itu bertemu setiap beberapa minggu dengan fasilitator sukarelawan untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan memastikan perbualan berubah menjadi tindakan.

Ucapan Encik Lee di persidangan itu memberi kemas kini mengenai tiga bidang utama - usaha menangani ketidaksamaan, transformasi perkhidmatan sosial dan inisiatif Community Link (ComLink).


Encik Lee, yang juga Menteri Pembangunan Negara, berkata menangani ketidaksamaan bukan hanya dengan pemerintah melakukan lebih banyak melalui pengagihan semula dan skim.

"Ia adalah mengenai pengukuhan semangat saling menyokong dan persahabatan yang sangat penting buat masyarakat kita berkembang maju. Itulah sebabnya penglibatan masyarakat melalui sektor tidak meraih keuntungan sangat kritikal," kata Encik Lee.


Beliau juga berkata dalam membantu keluarga yang memerlukan, daripada mengambil pendekatan berpusat kepada program atau agensi, Singapura perlu meletakkan keluarga di tengah-tengah dan mengatur sokongan bagi memenuhi keperluan dan cabaran mereka, dan pada masa sama membangun kekuatan dan sumber daya mereka sendiri.


"Dengan cara ini, kita dapat dengan lebih berkesan menyelaraskan sokongan merentas agensi dan organisasi tidak meraih keuntungan bagi menangani cabaran mendalam, dan memperkasa keluarga agar membuka potensi mereka."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >