Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif sedia ibu bapa akses sumber sokong mereka dalam pembangunan awal anak kecil

Oct 15, 2022 | 03:46 PM



SATU inisiatif baru akan menyediakan ibu bapa daripada lebih 1,800 keluarga, akses kepada sumber untuk menyokong mereka dalam pembangunan awal anak kecil mereka melalui pendekatan bercerita dan membaca. 


Daya usaha baru KidSTART Stories telah dilancarkan pada Sabtu (15 Okt) oleh KidSTART Singapura sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan #AGoodStart mereka untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan perkembangan kanak-kanak pada tahun-tahun awal. 


Melancarkan program itu ialah Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling. 


Turut hadir pada majlis itu ialah CEO KidSTART Singapura, Cik Rahayu Buang, dan Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.


Menerusi usaha ini, keluarga KidSTART akan dihadiahkan perpustakaan yang kecil terdiri daripada rak buku dan juga satu set buku terpilih yang sesuai dengan umur anak-anak mereka yang ditaja oleh Kumpulan SP dan Dana Masyarakat EtonHouse (ECF).


Pada masa yang sama, golongan ibu bapa turut akan mempunyai akses kepada video-video yang dihasilkan oleh KidSTART Singapura untuk membimbing mereka tentang teknik bercerita dan bacaan perbualan kepada bayi dan kanak-kanak kecil.


Ini termasuk panduan seperti bagaimana mereka boleh menyuntik keseronokan dan pembelajaran dalam aktiviti melalui gambar, lagu dan menari.


Mengulas tentang inisiatif baru ini Cik Rahayu berkata:

“Saya berharap golongan ibu bapa akan menggunakan sumber ini sebagai peluang untuk meluangkan bersama anak-anak mereka dan membaca.


“Jika dapat menerapkan rutin harian untuk membaca dan meluangkan masa bersama, saya rasa, lama-kelamaan, anak itu juga akan mempunyai minat dan menantikan untuk melakukan aktiviti membaca,” ujarnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >