Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Institut Sains Sistem punyai 'rumah baru'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Institut Sains Sistem punyai 'rumah baru'

Nov 23, 2021 | 05:30 AM

INSTITUT Sains Sistem (ISS) di Universiti Nasional Singapura (NUS) telah berpindah ke 'rumah baru', 40 tahun selepas ia ditubuhkan. 

Bangunan ISS baru telah menggandakan kapasiti bilik darjah dan kakitangannya dan selesai dibina selepas dua tahun kerja-kerja pembinaan.

Memandangkan Institut Pendidikan Berterusan yang memberi tumpuan kepada teknologi maklumat, ia dilengkapi dengan teknologi canggih bagi membantu kededua pendidik dan pelajar mengamalkan kaedah pembelajaran hibrid dan gabungan.

Ia mengetengahkan ruang bersama seperti teres taman di bahagian bumbung.

Dalam satu majlis pembukaan bangunan baru itu semalam, ISS turut menandatangani sembilan kerjasama industri baru bagi membantu membina kemahiran digital dalam tenaga kerja.

Sembilan rakan kerjasama itu adalah dari pelbagai sektor, daripada badan amal penjagaan kesihatan, Hospital Kwong Wai Shiu hingga Bank of Singapore (BOS).

Menghadiri majlis itu sebagai tetamu terhormat, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chung Sing berkata:

"Sejak penubuhannya pada 1981, ISS telah menunjukkan komitmen yang tidak luntur terhadap usaha merangsang kecekapan digital tenaga kerja kita dan sekali gus, menyokong pertumbuhan dan transformasi Singapura."

Pengerusi ISS, Cik Janet Ang dalam ucapannya berkata bangunan baru itu menandakan pelaburan penting bagi generasi bakat digital yang seterusnya.

Ini memandangkan institut itu sudah melatih lebih 157,000 orang dari lebih 8,000 organisasi dalam sektor awam dan privet sejak penubuhannya.

Menyentuh tentang rakan kerjasama baru beliau menjelaskan:

"Rakan industri ini mengambil langkah berani dalam perjalanan transformasi digital mereka bagi masyarakat masing-masing dan kami mengucapkan terima kasih kerana percaya kepada ISS untuk memainkan peranan dalam menjadikan cita-cita mereka dalam digital menjadi realiti."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3