Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Istana dibuka semula bagi semua

Apr 27, 2022 | 05:30 AM

ORANG ramai yang ingin mengunjungi Istana pada Sabtu depan sempena sambutan Hari Pekerja dan Hari Raya Aidilfitri tidak lagi perlu memohon tiket terdahulu.

Ini menyusuli pelonggaran lanjut langkah-langkah Covid-19 yang diumumkan baru-baru ini, kata Pejabat Presiden dalam kenyataannya semalam.

Ini kali pertama Istana akan dibuka kepada orang ramai sejak pandemik Covid-19.

Rumah Terbuka Istana Hari Pekerja - Hari Raya Puasa itu akan berlangsung pada 7 Mei dan dibuka kepada semua pengunjung dari 9 pagi hingga 5 petang.

"Pengunjung yang ingin mengunjungi Istana semasa Rumah Terbuka Istana tidak lagi perlu memohon tiket. Tidak ada bayaran untuk memasuki pekarangan Istana.

"Pejabat Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi respons kepada undangan awal untuk memohon dalam talian bagi tiket Rumah Terbuka Istana," kata Pejabat Presiden.

Mereka yang ingin memasuki bangunan utama Istana boleh membeli pas kemasukan di situ semasa waktu pembukaan rumah terbuka itu.

Harga pas kemasukan ke bangunan utama itu ialah $2 bagi warga Singapura dan penduduk tetap (PR) berusia empat tahun dan ke atas.

Bagi mereka yang bukan warga Singapura dan PR, harganya ialah $4 bagi dewasa dan $2 bagi kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun.

Kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak bawah empat tahun, tidak kira sama ada mereka warga Singapura dan PR atau bukan.

Kesemua bayaran bagi pas kemasukan akan disalurkan kepada badan amal yang disokong Cabaran Presiden.

Orang ramai yang mengunjungi Istana harus menggunakan pelitup pada setiap masa apabila berada di dalam bangunan sejajar dengan langkah pengurusan selamat semasa.

Duta jarak selamat akan membantu memastikan pengunjung mematuhi semua langkah pengurusan, dengan Istana memohon kerjasama dan pemahaman pengunjung agar rumah terbuka itu menjadi pengalaman yang baik untuk semua, kata Pejabat Presiden.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3