Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu faraid: Pencerahan, salah faham dikupas

Kerjasama BH, Wakaf Masyarakat S'pura bagi tingkat kefahaman mengenai perancangan kewangan
Jan 05, 2023 | 05:30 AM



WARIS lelaki mendapat bahagian yang lebih berbanding perempuan mengikut faraid kerana lelaki bertanggungjawab ke atas tanggungannya, termasuk isteri dan anak-anak.



Namun hakikat ini kurang difahami dan ada salah tanggapan yang menyebabkan faraid dilihat sebagai menyebelahi kaum lelaki berbanding wanita, kata Ustaz Nuzaihan Hamdan, pakar kewangan dan ketua jabatan syariah di sebuah bank setempat, ketika mengupas konsep itu dalam satu episod terbaru #NoTapis Berita Harian (BH).



Justeru, adalah penting bagi kita memahami konsep ini secara lebih mendalam, sebelum membuat sebarang andaian, tambah beliau.



Menurut Ustaz Nuzaihan, "tanggungjawab yang ada pada kaum Adam" serta sifat tanggungjawab ini mungkin kurang difahami.



Namun, tambahnya, terdapat cara-cara lain untuk memberikan harta yang lebih kepada saudara perempuan, iaitu menerusi penyediaan nominasi, wasiat dan hibah oleh pewaris yang mengikut undang-undang Islam.



Beliau memberikan pencerahan itu dalam episod pertama siri podcast terkini BH, berjudul #NoTapis: Merancang Legasi Anda yang bertujuan membantu masyarakat lebih memahami perkara ini menerusi cara yang santai tapi berisi dan dari lensa pandangan pakar.



Siri podcast enam episod ini, yang akan diterbitkan sepanjang bulan ini, adalah sebahagian kerjasama BH dengan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai perancangan kewangan secara Islam dan perancangan untuk meninggalkan hartanah sebagai legasi demi memanfaatkan masyarakat.



Selain Ustaz Nuzaihan, seorang lagi pakar yang berkongsi pandangan menerusi podcast itu adalah peguam, Encik Ezra Bunyamin.



Mengulas mengenai satu lagi isu yang biasa timbul berhubung perkara ini - apabila ahli keluarga yang tidak mempunyai pertalian darah tidak menerima sebarang bahagian dalam faraid - Encik Ezra, Pengarah Urusan di Deansgate Barakah Law Corporation, berkata ia adalah salah satu syarat utama faraid, iaitu waris mestilah mempunyai pertalian darah dengan pewaris.



Namun, pewaris masih boleh memberikan hartanya kepada golongan seperti anak luar nikah atau anak angkat menerusi cara lain seperti wasiat dan hibah.



Menurut Encik Ezra, pewaris boleh melakukan sebegini, tetapi "nominasi ini harus dilakukan secara formal dan ditulis".



Pewaris juga harus memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan, katanya lagi.



Podcast berjudul #NoTapis: Merancang Legasi Anda ini boleh didengar melalui laman web akhbar ini di beritaharian.sg/podcasts atau menerusi aplikasi penstriman Spotify dengan membuat carian #NoTapis.



Selain itu, satu seminar berjudul Rancangkan Akhirat, Manfaatkan Masyarakat turut akan diadakan pada 4 Februari di Lifelong Learning Institute (Paya Lebar) bagi membincangkan isu ini.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke www.wakaf.sg.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >