Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Isu perhubungan punca tak ramai sertai solat tarawih bagi pekerja migran

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



SOLAT tarawih pertama yang dianjurkan untuk pekerja migran Islam Jumaat lalu disertai beberapa jemaah sahaja disebabkan beberapa masalah perhubungan.



Solat di Pusat Rekreasi Kranji itu dijadualkan diadakan setiap Jumaat hingga 29 April oleh Alliance of Guest Workers Outreach (AGWO) dengan kerjasama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), JTC, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Masjid An-Nur dan pertubuhan tidak mencari untung Free Food For All.



AGWO ialah sebuah gerakan di bawah badan bukan pemerintah Hope Initiative Alliance (HIA).



Dalam kunjungannya ke sana sekitar 7 malam, akhbar The Straits Times mendapati hanya 20 pekerja migran hadir untuk buka pusat di kantin pusat rekreasi itu.



Ini sedangkan penganjur telah membuat persiapan untuk menghoskan 500 pekerja migran bagi setiap solat tarawih itu.



Juadah buka puasa disediakan agar para pekerja itu dapat buka puasa bersama.



Selepas berbuka, kurang lima pekerja migran berada di dewan yang, diperuntukkan bagi ruang solat.



Pada sekitar 8 malam, apabila nampaknya tiada lagi pekerja akan akan hadir, presiden HIA, Encik Ezekiel Tan, memohon maaf kepada media dan berkata tidak jelas mengapa tidak ramai yang datang.



Makanan yang terlebih kemudian diagihkan semula kepada dormitori.



Menjawab pertanyaan media, MOM berkata butiran mengenai solat tarawih itu disahkan agak lambat.



Disebab itu, maklumat mengenai solat itu dikongsi kepada pekerja migran yang tinggal di dormitori berdekatan hanya pada pagi Jumaat itu sahaja.



"Notis yang lambat mungkin menyebabkan tidak ramai datang... kami akan belajar daripada episod ini untuk menyelaras lebih baik acara masa depan dengan rakan-rakan kami," kjata seorang jurucakap MOM.



"Kami juga akan menimbangkan untuk menjadualkan acara sedemikian pada hujung minggu apabila ada lebih ramai pekerja migran melawat pusat rekreasi itu."



MOM dan JTC menambah bahawa mereka akan terus membantu memudahkan solat tarawih di pusat-pusat rekreasi dan dormitori.



Difahamkan bahawa HIA, yang lazimnya menganjurkan acara untuk pekerja migran di Tuas, menganjurkan solat tarawih itu atas permintaan pihak berkuasa.



Ia telah merancangkan semua perihal logistik yang diperlukan, dan difahamkan bahawa agensi-agensi akan memaklumkan pekerja mengenainya.



Solat tarawih berjemaah dapat dilakukan selepas pelonggaran langkah pengurusan selamat mulai 29 Mac.



Pelonggaran itu antara lain menetapkan tidak perlu menjaga jarak selamat dalam keadaan yang memerlukan pemakaian pelitup. Ini bermakna jemaah boleh bersolat rapat.



Pada 2020, pekerja migran yang menetap di dormitori solat tarawih sendirian atau berjemaah bersama rakan sebilik. Keadaaan lebih baik tahun lalu apabila hingga 200 pekerja sehari dibenarkan solat berjemaah di setiap dormitori setiap hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >