Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Isu tudung jururawat: Bayangan diberi 6 bulan lalu kemungkinan peraturan diubah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Isu tudung jururawat: Bayangan diberi 6 bulan lalu kemungkinan peraturan diubah

Mar 23, 2021 | 08:00 PM

BAYANGAN tentang kemungkinan ada perubahan peraturan bagi membolehkan jururawat memakai tudung, jika mereka ingin berbuat demikian, sebagai sebahagian seragam mereka, telah diberikan seawal enam bulan lalu.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mendedahkan petang tadi (23 Mac), hal ini telah disampaikan beliau kepada beberapa asatizah dalam satu pertemuan tertutup pada 31 Ogos lalu.

Sesi itu dihadiri Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Ali Mohamed, Ustaz Pasuni Maulan dan beberapa pegawai Pergas.

Encik Shanmugam mendedahkan hal ini kepada wartawan petang tadi selepas satu dialog dengan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di auditorium Masjid Khadijah.

Beliau juga menyatakan pendirian pemerintah berhubung isu tudung ini selaras dengan apa yang dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Parlimen, pada 8 Mac lalu.

Pemerintah akan mengumumkan keputusannya tentang hal itu setelah selesai mengadakan perbincangan dengan masyarakat, yang sedang berjalan dan akan mengambil beberapa bulan lagi.

Encik Shanmugam berkata asatizah telah bertanya tentang isu pemakaian tudung oleh jururawat kepadanya dalam sesi tertutup 31 Ogos itu.

“Saya beritahu anda secara jujur: Kami boleh lihat ada sebab munasabah mengapa jururawat boleh dibenarkan untuk memakai tudung jika mereka pilih untuk berbuat demikian.

“Saya berkata ini sedang dibincangkan secara dalaman. Setelah itu, pandangan kami ialah – kemungkinan akan ada perubahan.

“Kami sedang berunding dengan masyarakat sebelum kami membuat perubahan,” kata Encik Shanmugam.

Di Parlimen pada 8 Mac lalu, Encik Masagos berkata pemerintah memahami pandangan mereka yang mahu memakai tudung sebagai sebahagian daripada seragam jururawat.

Encik Shanmugam berkata kenyataan Encik Masagos itu memberi petanda tentang fleksibiliti.

“Beliau tidak mengatakan ‘tidak’,” kata Encik Shanmugam, yang menambah “malangnya, banyak yang telah disalah erti” daripada apa yang diperkatakan Encik Masagos.

Kata Encik Shanmugam lagi, petanda paling jelas mengenai pendirian pemerintah ialah apa yang beliau katakan kepada asatizah dalam sesi 31 Ogos itu.

“Menteri Masagos dan saya telah menyatakan pendirian pemerintah. Tetapi memandangkan beliau bercakap di peringkat awam, di Parlimen, beliau harus (bercakap) secara lebih umum, sementara saya boleh cakap terus terang dengan anda, secara privet,” ujar Encik Shanmugam.

Tambahnya, pemerintah perlu membuat pertimbangan yang berhati-hati dalam hal ini, kerana ia berkait dengan banyak faktor.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menemui pemimpin masyarakat Islam untuk membincangkan isu ini. Pemerintah juga telah mendapatkan pandangan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Setelah perbincangan selesai, pemerintah akan mengumumkan keputusannya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3