Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran: Tiada bukti Covid-19 merebak jangkiti penumpang bas

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Pengangkutan S Iswaran berkata semalam bahawa tiada bukti buat masa ini menunjukkan kelompok Covid-19 di pusat tukaran bas telah menular dalam kalangan penumpang.



Ini meskipun kes koronavirus yang membentuk kelompok di lapan pusat tukaran bas - Toa Payoh, Boon Lay, Punggol, Jurong East, Bishan, Sengkang, Tampines dan Clementi - terus naik.



"Sejauh ini, pakar telah mengatakan bahawa tiada bukti mengenai sebarang penularan (Covid-19) terhadap penumpang. Tetapi kami akan terus memastikan kami mematuhi semua langkah perlindungan yang telah ditetapkan," kata Encik Iswaran.



"Sekiranya perlu untuk mengambil tindakan lebih, Penguasa Pengangkutan Awam (LTA) akan bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam untuk melakukannya."



Demikian dikatakan Encik Iswaran ketika bercakap kepada media di acara Hari Industri Pengangkutan Awam yang berlangsung di pejabat LTA di Bedok semalam.



Beliau menambah keutamaannya kini terletak kepada memastikan keselamatan kedua-dua pekerja pengangkutan dan penumpang terpelihara, dan supaya sistem pengangkutan awam dapat terus berfungsi dengan baik.



Sehingga Rabu lalu, 314 kes - termasuk 284 pemandu bas dan kakitangan perkhidmatan di pusat tukaran bas - telah dilaporkan. Baki kes adalah kontak isi rumah dan orang awam.



Kelompok pusat tukaran bas itu meningkat kepada 341 kes kelmarin.



Ditanya bagaimana pemandu bas dijangkiti virus, Encik Iswaran mengatakan bahawa pakar perubatan masih mengkaji puncanya.



"Adalah munasabah mereka mungkin menjangkiti (virus) dalam masyarakat, tetapi pada masa yang sama, mungkin berlaku penularan di tempat kerja kerana hakikatnya mereka berkumpul bagi kegiatan tertentu," ujarnya.



Encik Iswaran juga berkata bahawa tiada kesan besar terhadap perkhidmatan bas buat masa ini.



"Tetapi, pastinya ini adalah sesuatu... yang kami sedang memantau dengan teliti sebab kami harus memastikan bahawa kapten bas berada dalam tahap kesihatan baik untuk melakukan tugas mereka dan melakukan tugas itu dengan selamat," tambah beliau.



Kelmarin, LTA mengumumkan beberapa langkah pengurusan selamat baru demi membendung penularan Covid-19 di pusat tukaran bas.



Ini termasuk pengujian rutin sekurang-kurangnya sekali seminggu yang perlu dijalani pemandu bas dan kakitangan di pusat tukaran bas.



Tempat makan serta rehat untuk mereka juga akan diasingkan.



Langkah diperketat ini akan menjejas lebih 11,000 kakitangan di barisan depan dalam sektor bas.



"Adalah munasabah mereka mungkin menjangkiti (virus) dalam masyarakat, tetapi pada masa yang sama, mungkin berlaku penularan di tempat kerja kerana hakikatnya mereka berkumpul bagi kegiatan tertentu...




Tetapi, pastinya ini adalah sesuatu... yang kami sedang memantau dengan teliti sebab kami harus memastikan bahawa kapten bas berada dalam tahap kesihatan baik untuk melakukan tugas mereka dan melakukan tugas itu dengan selamat."
- Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >