Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ITE Kolej Central lancar kemudahan, program baru e-sukan

May 13, 2023 | 05:30 AM



PARA pelajar di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central kini boleh meneroka e-sukan dengan pelancaran satu kemudahan sukan berbilang fungsi yang baru.



Pusat e-sukan yang baru membolehkan para pelajar tidak kira tahap fizikal mereka untuk bersaing di luar bidang sukan fizikal.



Sejajar dengan pembukaan pusat itu, ITE tersebut telah memperkenalkan satu program baru berkaitan e-sukan, yang merupakan sebahagian daripada modul Sukan dan Kesejahteraan.



Majlis pelancaran pusat tersebut dirasmikan Anggota Parlimen dan penasihat badan akar umbi Yio Chu Kang, Encik Yip Hon Weng.



Bercakap semasa acara itu, pengetua ITE Kolej Central, Encik Suresh Natarajan, berkata pihaknya bangga dapat menciptakan satu ruang yang dapat menyatukan permainan kompetitif dan masyarakat.



"Dalam beberapa tahun yang lalu, e-sukan telah berkembang untuk menjadi satu fenomena global yang menarik jutaan penonton dan menjana berbilion dolar.



"Pelancaran pusat ini mengiktiraf kebolehan e-sukan untuk menyumbang kepada perkembangan holistik bagi pelajar."



Program baru ini yang dihasilkan bersama Persatuan Permainan Dalam Talian dan Sukan Siber Singapura (SCOGA) akan memberi pelajar peluang untuk mengasah kemahiran komunikasi, kerja berkumpulan dan pemikiran strategik, menurut kenyataan.



Pelajar juga berpeluang untuk mengasah kemahiran profesional seperti perancangan acara, pembangunan permainan dan penciptaan kandungan digital.



Pusat baru ini juga akan menempatkan Kelab Kegiatan Kokurikulum (CCA) E-sukan, di mana para pelajar akan berlatih untuk bersaing dengan pemain lain dari Institut Pengajian Tinggi (IHL) lain menerusi pertandingan tahunan, Campus Legends.



"Kami juga inginkan para pelajar terlibat dengan permainan dalam talian bukan sahaja sesama diri sendiri tetapi juga untuk berhubung dengan warga emas agar dapat memupuk interaksi sosial dan perhubungan," tambah Encik Natarajan.



Kelab CCA E-Sukan itu juga akan bekerjasama dengan Kelab Sukan Masyarakat Yio Chu Kang (CSC) untuk mengendalikan program dan bengkel bagi warga emas di Yio Chu Kang.



Kerjasama itu dijangka memberi para pelajar peluang untuk bergaul dengan warga emas dan berkongsi manfaat e-sukan bersama mereka.



Program e-sukan ini dapat meningkatkan ketahanan mental warga emas semasa bermain dan meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta respons mereka dari masa ke masa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >