Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jaga aturan sosial sambil santai, berbasikal di East Coast

Jul 26, 2021 | 05:30 AM



RANCANGAN untuk berkayak bersama kawan-kawan terpaksa dibatalkan gara-gara sekatan terkini.



Tetapi untuk tidak mensia-siakan hari cuti hujung minggu semalam, dua pekerja Malaysia, Encik Mohammad Haizal Jumayin dan Cik Nur Fatin Hanan Hamzah tetap melakukan kegiatan beriadah dengan berbasikal dalam kumpulan dua orang.



Ketika ditemui Berita Harian (BH) di pantai East Coast, mereka baru sahaja selesai berbasikal dari kawasan Novena dan sedang berehat untuk seketika.



"Kalau tak salah jauhnya lebih kurang 10 kilometer sahaja. Selepas ini berbasikal lagi beberapa kilometer dan selepas itu baru pulang," ujar Encik Mohamad Haizal, 29 tahun, yang bekerja dalam perkhidmatan pembersihan kolam renang.



Menurutnya, beliau berbasikal sekurang-kurangnya sekali seminggu kerana memang minat berbasikal dan telah mengongsi minatnya itu bersama rakannya.



"Sebenarnya minggu ini kami dan kawan-kawan ada rancangan berkayak di Pulau Ubin.



"Tetapi tak jadi kerana sekatan terbaru ini," kongsi Cik Nur Fatin Hanan, pekerja perkhidmatan restoran, berusia 25 tahun.



Saiz kumpulan perhimpunan sosial kini dibataskan pada dua orang sehingga 18 Ogos di bawah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat).



Encik Mohamad Haizal berkata jika mereka berbasikal, selalunya lebih daripada dua orang.



"Kami ikut sahaja peraturan. Kami okey juga sebab sekurang-kurangnya masih boleh keluar. Tidak kecewa atau marah pun. Asal bukan dikenakan pemutus litar sudah," ujar beliau sambil menambah minggu lepas mereka telah berkayak bersama kawan-kawan di Kallang.



Mereka berdua mula bekerja di Singapura sejak Mac 2020 ketika virus Covid-19 baru melanda Singapura.



Memandangkan ini hujung minggu pertama sejak Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dilaksanakan semula, BH telah meninjau tempat popular di Taman East Coast dan mendapati ramai tetap keluar beriadah ataupun membungkus makanan untuk berkelah di tepi pantai.



Rata-rata kebanyakan mematuhi peraturan sosial dua orang.



Selain dua pekerja Malaysia itu, pembantu rumah migran, Cik Erna Desi, 30 tahun, juga telah keluar untuk bersantai.



Beliau sering ke pantai itu pada hari cutinya kerana tenang dan nyaman.



"Majikan juga sering menasihatkan agar tidak ke tempat-tempat yang disenaraikan berisiko jangkitan Covid-19.



"Sejauh ini, pantai ini selamat dan seronok untuk bersantai," ujarnya yang telah ke pantai itu bersama seorang lagi rakan untuk mematuhi sekatan terkini.



Seorang jurutera eksekutif, Encik Hazman Johar, 57 tahun, pula sedang makan tengah hari bersama isterinya di bangku tepi pantai East Coast itu.



"Secara kebetulan, kami ke daerah Tampines untuk mengambil barang dan isteri saya ingin makan briyani "lamb shank". Jadi kami beli dari Marine Cove dan sewaktu nak balik nampak bangku kosong," ujarnya.



Encik Hazman ke pantai itu bersama isteri, anak dan cucunya, sambil menjaga jarak selamat satu meter.



Menurut laman Kementerian Kesihatan (MOH), keluarga dari isi rumah yang sama boleh keluar dalam kumpulan lebih dua orang.



Namun, MOH juga menasihati keluarga agar elak daripada berada dalam kumpulan besar dan sebanyak mungkin keluar dalam kumpulan berdua.



Bagi Cik Shadrina Fathimah Zulkarnain pula, 30 tahun, beliau telah ke pantai bersama suami dan dua anaknya untuk mandi laut.



"Oleh sebab suami tidak kerja hari ini, kami ambil peluang untuk meluangkan masa bersama.



"Setiap minggu kami sering menjamu selera di luar. Oleh sebab sekatan ini, rasa bosan sikitlah sebab hanya dapat bungkus makanan sahaja," ujar pekerja pentadbiran itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >