Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jaga nenek dan ayah yang ada barah, ibu yang diserang angin ahmar

May 29, 2021 | 05:30 AM



MENJAGA ibunya yang pernah mengalami angin ahmar dan hilang penglihatannya serta ayahnya yang menghidap barah paru-paru, Cik Haslina Zainal sudah tentu sibuk sebagai pengasuh utama bagi ibu bapanya.



Namun, kerana ingin memenuhi kehendak ayahnya untuk menjaga neneknya yang menghidap penyakit yang membawa maut, Cik Haslina menjadikan flat tiga biliknya menjadi rumah untuk tiga warga emas, tiga anak dan dirinya.



Walaupun perlu memikul tanggungjawab sebagai ibu, pengasuh dan bekerja sepenuh masa untuk menyara keluarganya, Cik Haslina tidak pernah mengeluh.



Cik Haslina, 49 tahun, merupakan antara pengasuh yang menerima Anugerah Pesakit dan Penjaga Inspirasi Kesihatan Singapura tahun ini.



Ketika dihubungi Berita Harian, ibu tunggal itu berkata beliau tidak sangka menerima pengiktirafan tersebut.



Katanya, beliau hanya melakukannya demi memenuhi tanggungjawab sebagai anak.



"Syukur alhamdulillah saya diberi penghargaan ini.



"Mungkin daripada berkat doa daripada keluarga serta yakin dengan apa yang saya lakukan, orang lihat usaha saya.



"Anugerah ini bukan hanya untuk saya tetapi juga anak-anak serta adik-beradik saya yang telah membantu saya menjaga arwah ayah, arwah nenek saya dan ibu saya," katanya sambil menambah, beliau mungkin tidak dapat melakukannya tanpa sokongan mereka.



Setiap hari, pada 4 pagi, jururawat di Thomson Medical itu akan mandikan neneknya dan ayahnya.



Kemudian beliau akan menyediakan makanan untuk keluarganya sebelum keluar bekerja.



Ketika beliau bekerja, adik lelakinya akan ke rumahnya untuk bergilir-gilir menjaga mereka sehingga beliau pulang ke rumah dari kerja.



Itulah rutin hariannya selama hampir empat bulan.



Meskipun agak mencabar menjaga tiga warga emas pada masa yang sama, Cik Haslina berkata penatnya hilang apabila dapat melihat senyuman terukir di muka keluarga tersayangnya.



"Memang bukan mudah menjaga semua orang pada masa yang sama. Ada masa yang saya rasa penat secara mental dan fizikal.



"Kadangkala, pada waktu malam mereka tidak selesa, kita perlu bantu mereka ataupun terkena sawan, kita perlu tahu apa yang harus dilakukan dengan secepat mungkin.



"Tetapi saya selalu ingat apa ayah saya kata, 'Jangan lupa jaga orang tua, hidup akan berkat'.



"Jadi saya lihat ini bukan sebagai cabaran tetapi peluang bagi saya untuk berbakti kepada orang tua saya," ujarnya.



Neneknya telah meninggal dunia pada 24 Ogos 2020 dan kemudian bapanya pula meninggal sembilan hari kemudian.



Kedua-dua mereka meninggal akibat barah paru-paru.



Kini, Cik Haslina masih menjaga ibunya Cik Halimah Omar, 68 tahun.



"Saya tahu apa yang saya lakukan untuk menjaga arwah ayah dan nenek sudah mencukupi dan tidak mempunyai sebarang kesal.



"Sekarang adalah masanya untuk saya luangkan lebih masa bersama anak-anak saya serta ibu saya.



"Saya hanya ingin lakukan terbaik bagi mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >