Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah lancar buku kanak-kanak, 'Ceria Dengan Cerita'

Mar 21, 2022 | 05:30 AM



KEMAHIRAN berbahasa Melayu boleh dipertingkatkan lagi dengan banyak membaca.



Demikian kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman semasa pelancaran buku Melayu kanak-kanak bersiri yang bertajuk, Ceria Dengan Cerita semalam di ibu pejabat Jamiyah, sempena sambutan ke-90 Jamiyah.



Buku bersiri itu mengandungi 12 cerita individu, dengan haiwan sebagai watak utama dan ditulis oleh Profesor Madya Kamsiah Abdullah, seorang pendidik berbekal pengalaman lebih 60 tahun.



"Kita mahu anak-anak kita lebih fasih dalam berbahasa ibunda. Dengan ada buku-buku kanak-kanak ini, ia memberi peluang untuk ibu bapa dan para pendidik mengunakan bahan baru untuk meningkatkan minat membaca," kata Dr Maliki.



Pelancaran buku bersiri itu adalah sebahagian daripada misi keseluruhan pembangunan masyarakat Jamiyah, bagi menggalakkan bakat setempat dalam pendidikan, seni, budaya dan sukan.



Buku bersiri itu juga akan dikongsi dengan benefisiari Jamiyah dan inisiatif ini menyediakan peluang kepada keluarga berpendapatan rendah menikmati buku-buku yang mungkin tidak mampu dibeli, selain menggalak rasa cinta dan penghargaan terhadap Bahasa Melayu.



Di samping itu, buku bersiri itu juga akan dikongsi dengan sekolah-sekolah di peringkat Nusantara.



Menyentuh tentang cetusan ilham dalam menghasilkan buku kanak-kanak itu, Dr Kamsiah berkata beliau amat minat membaca buku kanak-kanak dan juga akan membelek buku-buku cucunya untuk membaca.



Meluahkan harapannya untuk buku bersirinya itu, beliau berkata:



"Harapan saya adalah buku ini dapat dibaca oleh seberapa ramai kanak-kanak dan juga terhibur oleh ceritanya.



"Ibu bapa atau guru juga boleh dapat berinteraksi bersama kanak-kanak melalui cerita.



"Saya juga harap buku ini akan dinikmati semua. Selain itu, saya juga harap buku ini akan mengilhamkan kanak-kanak untuk mereka cerita sendiri dan menjadi lebih kreatif."



Setiausaha Agung Jamiyah Singapura, Encik Jaffar Mydin berkata menerusi pelancaran buku itu, Jamiyah mahu memperkenalkan Program Literasi Secara Kreatif dalam Bahasa Melayu bagi menyokong rangka kerja pendidikan dwibahasa di Singapura.



"Program ini memperluaskan pengetahuan membaca kanak-kanak dan mengembangkan perbendaharaan kata, pemikiran dan pembelajaran mereka.



"Ia bertujuan membina minda kanak-kanak dengan cerita menarik dan ilustrasi artistik bagi menyokong perkembangan mereka," kata beliau yang juga ketua pegawai operasi Jamiyah.



Mengulas tentang buku itu, Dr Maliki pula menambah:



"Saya yakin buku bersiri Ceria Dengan Cerita ini akan dapat memupuk tabiat membaca dan mengenali bahasa Melayu dalam memastikan budaya cinta pada ilmu berjaya dipupuk dalam kalangan murid-murid prasekolah hingga sekolah rendah." 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >