Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jamiyah perluas bantuan lewat bank makanan di Radin Mas

Nov 4, 2022 | 5:30 AM
BERSAMA MEMBANTU: Encik Melvin Yong (kiri) dan Dr Mohd Hasbi (dua dari kiri) membantu penduduk Radin Mas menerima habuan makanan selepas majlis menandatangi MOU bagi Jampacked@Radin Mas di Blok 106 Jalan Bukit Merah, bank makanan yang dijangka siap April depan. - Foto MEVIN YONG / FACEBOOK
BERSAMA MEMBANTU: Encik Melvin Yong (kiri) dan Dr Mohd Hasbi (dua dari kiri) membantu penduduk Radin Mas menerima habuan makanan selepas majlis menandatangi MOU bagi Jampacked@Radin Mas di Blok 106 Jalan Bukit Merah, bank makanan yang dijangka siap April depan. - Foto MEVIN YONG / FACEBOOK -

JAMIYAH Singapura memperluas jangkauan dan perkhidmatan masyarakatnya di Radin Mas melalui sebuah program bank makanan mini, Jampacked.

Menurut Jamiyah, projek yang dijalankan dengan kerjasama kawasan undi Radin Mas itu merupakan tambahan kepada khidmat sehenti masyarakat pertubuhan itu selepas Jampacked@Bukit Batok dilancarkan pada September tahun lalu.

Bank makanan terbaru itu terletak di Blok 106, Jalan Bukit Merah dan dijadualkan siap pada April 2023. Ia dijangka dimanfaatkan oleh kira-kira 3,000 isi rumah di Radin Mas.

Sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani kelmarin antara Jamiyah, yang diwakili oleh Encik Jaffar Mydin, naib presiden 1 yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) pertubuhan itu dan naib pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) Radis Mas, Encik Ho Thiam Teng.

Majlis itu turut disaksikan presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, dan Anggota Parlimen SMC Radin Mas, Encik Melvin Yong.

Dr Mohd Hasbi ketika dihubungi Berita Harian berkata program itu menandakan satu lagi usaha penting Jamiyah dalam mengukuhkan masyarakat dan memupuk perkongsian serta kerjasama dengan pertubuhan akar umbi (GRO).

"Program Jampacked menyokong usaha negara ke arah sifar pembaziran makanan.

"Oleh itu, bekalan makanan yang akan disediakan di Jampacked@Radin Mas akan terdiri daripada bahan makanan penting yang memenuhi keperluan penerima, dan ini hanya boleh dilakukan melalui pelibatan lebih mendalam dengan kedua-duanya, penerima dan kawasan undi Radin Mas.

"Membantu masyarakat oleh masyarakat akan bergema dalam setiap aspek kerjasama ini di Jampacked@Radin Mas."

Encik Yong, yang berkongsi mengenai majlis memeterai MOU itu di Facebook, berkata beliau terharu apabila melihat ramai penduduk mahu menjadi sukarelawan membantu, misalnya menyimpan stok di rak dan menghantar barang runcit kepada warga emas yang menghadapi cabaran mobiliti.

"Ini benar-benar manifestasi daripada Semangat Radin Mas kami. Kita sememangnya lebih kuat apabila bersatu," kata Encik Yong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg