Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah teroka kerjasama dengan DPPMS

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



JAMIYAH Singapura sedang meneroka peluang untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Kededua pihak telah membincangkan hal ini dalam satu mesyuarat di ibu pejabat Jamiyah baru-baru ini, kata Jamiyah dalam satu pos yang diterbitkan di Facebook.



Menurut Jamiyah, pihaknya telah menerima satu delegasi DPPMS pada Selasa lalu untuk mengadakan satu pertemuan di ibu pejabatnya.



Presiden Jamiyah, Datuk Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, telah menyambut kehadiran rombongan Dewan yang diketuai oleh Presidennya, Encik Farid Khan, serta diiringi oleh Timbalan Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, dan anggota lembaga, Encik Hasan Abdul Rahman.



Turut menyambut delegasi itu bagi pihak Jamiyah ialah Ketua Pegawai Operasinya, Encik Jaffar Mydin, dan pegawai lain.



"Selain daripada meneroka peluang untuk bekerjasama, delegasi dewan juga telah dibawa meninjau jabatan mendekati masyarakat dan pembangunan, rekaan serta studio kami," ujar Jamiyah dalam pos itu sambil melahirkan rasa terima kasih di atas kunjungan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >