Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jauhi dadah demi faedah keluarga juga pengorbanan: Faishal

Jul 19, 2021 | 05:30 AM



PENGORBANAN sempena Hari Raya Aidiladha boleh juga dilihat dalam usaha masyarakat menjauhi dadah demi membangunkan dan memelihara faedah keluarga, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Beliau semalam berada di Blok 16 Marsiling Lane untuk mengagihkan habuan makanan dalam beg plastik kempen Dadah Itu Haram kepada lebih 100 keluarga.



Inisiatif itu, dinamakan Projek Kasih, anjuran IM Volunteer Network SG (IMVNSG), dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB), yang mengendalikan kempen Dadah Itu Haram.



Ia bertujuan membawa keceriaan kepada golongan susah sempena Hari Raya Aidiladha sambil menyebarkan mesej antidadah. Ini kali ketiga CNB berkolaborasi bersama kumpulan relawan belia itu.



Turut hadir mengagihkan habuan ialah Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Dr Faishal berkata: "Mesej utama pengorbanan dalam aspek sambutan Hari Raya Aidiladha ialah kita berkorban demi pembangunan dan kemaslahatan keluarga.



"Apatah lagi apabila kita membuat pengorbanan untuk mengamalkan kehidupan sihat (dan tanpa menyalah guna dadah)."



Beliau mengalu-alukan pelibatan pertubuhan belia dalam usaha menyebarkan mesej antidadah.



Sebelum ini, kempen Dadah Itu Haram antara lain bekerjasama dengan kumpulan motosikal dan basikal, restoran serta masjid untuk menyebarkan mesejnya.



Projek Kasih usaha sekumpulan 25 belia IMVNSG, yang mengumpul dana untuk membeli barang dapur sebelum membungkus dan mengagihkannya.



Pengasas IMVNSG, Encik Imran Mean, memberitahu Berita Harian kumpulannya mengumpulkan $5,500 dalam tempoh sebulan menerusi sumbangan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >