Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jejak Warisan Ang Mo Kio diperbaharui merangkumi 13 tapak baru

Sep 21, 2023 | 07:15 PM



Pada awalnya, Ang Mo Kio lebih dikenali sebagai Kow Tiow Kio, yang bermaksud ‘sembilan jambatan’ dalam bahasa Hokkien, kerana seseorang itu perlu menyeberangi sembilan jambatan merentasi Sungai Kallang untuk pergi dari Lorong Chuan ke Upper Thomson Road.

Hari ini, kenangan dan semangat kampung Ang Mo Kio masih terus menyala di hati penduduk bandar moden yang sibuk itu.

Jejak Warisan Ang Mo Kio, yang diperbaharui Lembaga Warisan Negara (NHB), akan memaparkan sejarah lebih mendalam tentang transformasi Ang Mo Kio daripada kawasan ladang dan tanah pertanian kepada hab kediaman dan komersial yang berkembang pesat; mendedahkan maklumat lebih mendalam mengenai penanda warisan yang ada; serta menceritakan lebih banyak kisah masyarakat itu.

Encik Gerald Wee, Pengarah Pendidikan dan Pendekatan Masyarakat, NHB, berkata dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan NHB pada Khamis:

“Sejak Jejak Warisan Ang Mo Kio telah dilancarkan pada 2011, kami telah bekerjasama rapat dengan masyarakat Ang Mo Kio, dan menemui cerita baru yang menarik tentang sejarah dan warisan bandar seperti koleksi karya seni oleh seorang artis, Xu Beihong, yang disembunyikan di Sekolah Cina Chong Boon, berhampiran Serangoon Garden hari ini, semasa Penjajahan Jepun.

“Kami berharap rakyat Singapura akan lebih menghargai kawasan yang asli ini dan penduduk akan disemai dengan rasa bangga dan kekitaan yang berkobar-kobar.”

Jejak baru ini akan meliputi 40 tapak warisan dan menampilkan 10 penanda warisan. Ini termasuk 13 tapak baru, serta dua penanda baru di Church of Christ the King dan Liuxun Sanhemiao, sebuah kuil gabungan yang dibentuk oleh tiga kuil – Sam Ann Fu, Longxuyan Jinshuiguan dan Persatuan Kuil Hong San Chin Huat.

Jejak ini juga menampilkan tiga laluan baru dengan tema yang menerokai pelbagai aspek warisan Ang Mo Kio, termasuk Iconic Landmarks, Hidden Heartland Gems dan Scenic Fringes.


Selain itu, jejak tersebut akan menggabungkan sumbangan daripada bekas dan penduduk semasa Ang Mo Kio untuk mempamerkan kepelbagaian aspek bandar melalui perspektif individu dari pelbagai lapisan masyarakat, latar belakang budaya dan kepercayaan.

Ang Mo Kio juga terkenal dengan Blok 259, yang selesai dibina pada 1981, kerana ia adalah satu-satunya blok perumahan awam yang berbentuk bulat di Singapura.

Baru-baru ini, Kelab Nyanyian Burung Kebun Baru menjadi salah satu tapak warisan Ang Mo Kio yang sangat digemari ramai orang terutamanya penjaga dan peminat burung dari seluruh Singapura.

Mereka yang ingin meneroka Jejak Warisan Ang Mo Kio boleh mendapat panduan dan peta jejak tersebut daripada portal warisan NHB dalam laman web Roots.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >