Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Jel 6 bulan bagi amah gigit lengan kanak-kanak kecil

Apr 05, 2023 | 05:30 AM



BERASA geram apabila anak kecil di bawah jagaannya tidak dapat tidur, seorang pembantu rumah menggigit lengan kiri budak perempuan itu, menyebabkannya lebam.



Masita Khoridaturochmah, 33 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada Selasa selepas dia mengaku bersalah bagi satu pertuduhan mendera kanak-kanak itu, yang berusia satu tahun dua bulan ketika itu.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Louis Ngia berkata warga Indonesia itu mula bekerja dengan ibu mangsa pada 2021.



Tugas Masita termasuk menjaga mangsa dan adik kembarnya.



Pembantu rumah itu berada di rumah bersama kanak-kanak itu pada 26 Mei 2022 apabila dia cuba tetapi gagal membuat budak itu tidur.



Dia kemudian menggigit lengan kirinya sekali, menyebabkan lebam.



Ibu budak itu pulang ke rumah pada sekitar 7 malam.



"Selepas makan malam, (semasa si ibu) menyediakan mangsa untuk tidur, dia menemui lebam dalam bentuk kesan gigitan," kata DPP.



Ibu itu bersemuka dengan Masita, yang menafikan dia menggigit kanak-kanak berkenaan.



"Selepas berkali-kali disoal, tertuduh mengaku melakukan perbuatan itu, (melutut) dan memohon maaf," kata DPP Ngia.



Ibu itu melaporkannya kepada polis sebelum membawa anaknya berjumpa doktor.



Doktor mendapati kesan gigi dan lebam pada lengan kiri budak perempuan itu.



Pada Selasa, DPP meminta supaya Masita dikenakan hukuman penjara antara lapan dengan sembilan bulan, menekankan mangsa tidak dapat memberitahu sesiapa mengenai kesakitan yang dialaminya disebabkan usianya.



Beliau juga berkata Masita menyalah guna amanahnya dan menyasarkan mangsa yang mudah terdedah kepada bahaya.



Peguam bela Kyle Chong, yang meminta hukuman penjara dua bulan, memberitahu Hakim Daerah Tan Jen Tse bahawa Masita menyesal dan kecederaan yang ditimbulkannya ringan.



Ikat jamin Masita ditetapkan sebanyak $10,000 dan dia dijangka pergi ke Mahkamah Negara pada 11 April untuk mula menjalani hukumannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >