Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES COVID-19 DI TIGA MASJID

Jemaah berhubungan rapat dengan pesakit akan dihubungi

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



JEMAAH yang dikenal pasti berhubungan rapat dengan pesakit Covid-19 yang mengunjungi tiga masjid yang ditutup semalam akan dihubungi pihak berkuasa bagi tindakan susulan kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Menurut Muis, usaha jejak kontak dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (MOH).



"Ini juga peringatan yang datang tepat pada waktunya mengenai kepentingan menggunakan 'TraceTogether' apabila mengunjungi masjid, supaya sesiapa yang mungkin terdedah kepada individu yang dijangkiti boleh dikenal pasti dan dihubung dengan cepat," kata Muis.



Semalam, tiga masjid yang dikunjungi pesakit Covid-19 ditutup bagi kerja-kerja pembersihan dan membasmi kuman.



Masjid Ahmad di Pasir Panjang, Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah dan Masjid En-Naeem di Hougang ditutup sehari dan tempahan bagi solat berjemaah di masjid-masjid yang terjejas semalam telah dibatalkan secara automatik, menurut Muis.



Ketika dihubungi Berita Harian, Muis mengesahkan bahawa masjid dijangka dibuka semula hari ini, selepas ia diperiksa dan menjalani pengesahan oleh agensi relevan.



Selain tiga masjid tersebut, masjid lain yang pernah ditutup untuk kerja pembersihan dan penyahjangkitan sebelum ini kerana dikunjungi kes Covid-19 adalah Masjid Sultan di Kampong Glam pada Ogos lalu dan Masjid Al-Ansar di Bedok pada Julai lalu.



Masjid-masjid di Singapura menyambung semula solat berjemaah sejak 26 Jun lalu, selepas tempoh pemutus litar hampir dua bulan berakhir.



Jemaah yang ingin menyertai sesi solat jemaah perlu membuat tempahan di dalam talian kerana bilangan ruang yang diperuntuk bagi tujuan itu adalah terhad.



Sementara itu, mendaftar masuk ke masjid menggunakan TraceTogether telah diperkenalkan di masjid-masjid sejak Oktober lalu dan 40 masjid kini menawarkan pilihan tersebut.



Mulai 23 November lalu, tujuh masjid menawarkan empat zon solat, masing-masing bagi 50 jemaah dengan bilangan jemaah kini 200 bagi setiap sesi.



Dengan jumlah tempat yang semakin meningkat, jemaah amat digalakkan menggunakan aplikasi TraceTogether atau menggunakan token TraceTogether yang diberikan oleh pemerintah.



Pada Oktober lalu, pemerintah mengumumkan mendaftar masuk menggunakan token atau aplikasi TraceTogether ke tempat-tempat awam seperti panggung wayang, restoran dan pusat beli-belah akan dijadikan mandatori pada akhir Disember.



Langkah itu selaras dengan usaha Singapura membuka semula ekonominya secara bertahap dan dengan cara yang selamat bagi masyarakat.




"Ini juga peringatan yang datang tepat pada waktunya mengenai kepentingan menggunakan 'TraceTogether' apabila mengunjungi masjid, supaya sesiapa yang mungkin terdedah kepada individu yang dijangkiti boleh dikenal pasti dan dihubung dengan cepat."
- Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >