Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah umrah bertambah tapi pendapatan GSA tidak berubah

Sejak sempadan negara mula dibuka, ramai yang sudah berpusu-pusu untuk melancong ke luar negara dan tidak kurang juga mereka yang menanam hasrat untuk menunaikan ibadah umrah. Bagaimanakah sambutannya sejauh ini dan apakah kesannya kepada GSA setempat? BERITA HARIAN melaporkan. Kian banyak GSA baru, jemaah plilih lakukan sendiri (DIY), pertubuhan bukan raih keuntungan turut anjur umrah antara sebab
Apr 08, 2023 | 05:30 AM



JUMLAH jemaah umrah yang bertambah tidak bermakna pendapatan yang meningkat bagi sesetengah ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA).



Sebabnya, syarikat baru yang dibentuk bagi menembusi pasaran umrah telah bertambah, lantas jumlah jemaah bagi setiap GSA kekal sama atau naik hanya sedikit, kata beberapa GSA yang dihubungi.



Namun tiada angka rasmi berapa jumlah agensi baru yang telah dibentuk sejak kebelakangan ini.



Pengarah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, Cik Juyda Noor Mohamad, berkata jumlah jemaah yang menyertai agensinya masih belum meningkat seperti sebelum bermulanya pandemik.



Beliau anggarkan jemaah umrahnya tahun lalu hanya membentuk antara 80 hingga 90 peratus jemaah umrah berbanding keseluruhan jemaah yang diterima setiap tahun - sebelum wabak Covid-19 melanda.



Memberikan perangkaannya, Cik Juyda berkata syarikatnya menerima sekitar 1,300 hingga 1,500 jemaah pada 2022 - lebih rendah berbanding sebelum bermulanya pandemik Covid-19 di mana sekitar 1,500 hingga 1,800 jemaah menyertai pakej syarikatnya setahun.



"Saya berpandangan ada jemaah yang sudah biasa melakukan umrah memilih untuk melakukannya sendiri - termasuk menempah hotel dan pengangkutan mereka semasa di sana.



"Ada juga pertubuhan setempat bukan raih keuntungan yang anjurkan umrah mereka sendiri, maka mereka buat tempahan secara dalam talian.



"Selain itu jumlah agensi baru yang dibentuk sejak beberapa tahun lalu juga bertambah," ujarnya yang turut yakin jumlah jemaah umrah Singapura akan terus bertambah.



Salah sebuah syarikat yang boleh dianggap baru dibentuk sekitar 2018 adalah Syukran Travel Pte Ltd yang juga anggota Amtas, turut menawarkan pakej umrah.



Meskipun baru bertapak, malah syarikat itu telah meraih sehingga 1,400 jemaah sepanjang 2022.



Ini meskipun pakej umrah yang ditawarkan meningkat sejak kali pertama syarikat itu dibentuk.



Pemiliknya, Encik Mohamed Rashidi Hasan, anggarkan jumlah jemaahnya meningkat daripada sekitar 500 orang pada 2018 kepada sekitar 1,400 orang pada 2022.



Sementara harga pakejnya meningkat daripada sekitar $3,300 pada 2018 (empat jemaah sebilik) kepada sekitar $4,400 awal 2023, dan sehingga $6,350 bagi pakej akhir Ramadan.



"Kami yakin jumlah jemaah akan terus meningkat tahun ini.



"Ini meskipun harga pakej bagi seorang jemaah meningkat sehingga 40 peratus," jelasnya.



Bagi mengatasi persaingan ini, Pengasas dan Pengarah Pengurusan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Yacoob Angullia, kini memberi tumpuan kepada pakej yang disesuaikan kepada jemaah berulang dan ingin lakukannya secara bebas atau free & easy.



Dengan harga serendah $3,295 seorang, pakej umrah 11 hari ini meliputi penginapan bilik untuk empat jemaah, tiket penerbangan dan kereta api antara Jeddah, Makkah, Madinah dan kembali ke Jeddah - namun tidak termasuk harga visa dan insurans.



"Jemaah berulang tahu akan proses umrah dan biasanya ingin lakukannya secara bebas. Itu yang menjadi tumpuan kami menerusi pakej ini," jelasnya yang tetap menawarkan pakej-pakej umrah lain yang biasa ditawarkan.




"Saya berpandangan ada jemaah yang sudah biasa melakukan umrah memilih untuk melakukannya sendiri - termasuk menempah hotel dan pengangkutan mereka semasa di sana.
Ada juga pertubuhan setempat bukan raih keuntungan yang anjurkan umrah mereka sendiri, maka mereka buat tempahan secara dalam talian.
Selain itu jumlah agensi baru yang dibentuk sejak beberapa tahun lalu juga bertambah."
- Cik Juyda Noor Mohamad, Pengarah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd.



"Apabila saya merancang untuk melakukan umrah, perkara yang paling penting adalah untuk memastikan kita dapat memaksimumkan masa di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah.
Pada masa yang sama, kita juga harus mempunyai rehat yang mencukupi.
Jadi sekiranya saya dapat melakukan umrah DIY, saya dapat menyesuaikan pakej umrah kepada kumpulan saya.''
- Encik Kamsan Sukar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >