Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JSC padankan 41,000 pekerja diberhentikan dengan pekerjaan baru atau sekunder

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



DARI Februari tahun lalu hingga kini, Majlis Keselamatan Pekerjaan (JSC) gerakan pekerja membantu lebih 41,000 pekerja yang diberhentikan dengan memadankan mereka dengan pekerjaan baru atau membantu mereka beralih ke pekerjaan sekunder.



Ini dinyatakan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam satu kenyataan menyusuli Simposium Latihan dan Tempat Kerja yang dihadiri lebih 160 peserta secara hibrid di Downtown East semalam.



JSC, yang dibentuk awal tahun lalu, turut memberi tumpuan dalam menyokong majikan dan pekerja agar sentiasa meningkat kemahiran mereka - tanpa mengira umur - supaya mereka sentiasa relevan dan dapat maju mengikut rancangan transformasi syarikat mereka.



Sewaktu perbincangan panel simposium itu, pemimpin perniagaan dan kesatuan sekerja berkata menawarkan peluang latihan serta melakar laluan kerjaya bagi pekerja boleh membantu membina keyakinan antara majikan dan pekerja.



Pemimpin perniagaan dan rakan tripartit turut menekankan kepentingan menggalak pekerja meningkatkan kemahiran atau mempelajari semula kemahiran dengan berkomunikasi kepada mereka bahawa kemahiran baru boleh membantu mereka kekal relevan.



NTUC berkata ekosistem tempat kerja dan latihannya membantu syarikat merombak daya operasi mereka, mempertingkat produktiviti dan meningkat kemahiran pekerja semasa pandemik ini.



Antara syarikat yang mendapat manfaat daripada inisiatif itu ialah firma kejuruteraan jitu Certact Engineering.



Dalam simposium itu, Pengarah Urusan Certact, Cik Ellis Eng, berkata Covid-19 adalah pemacu yang memaksa syarikatnya menjalani transformasi dan menukar tumpuannya kepada kejuruteraan plastik.



Ini memperluas keupayaan syarikatnya melebihi tumpuannya dahulu, iaitu kejuruteraan bahan besi.



Untuk membantu pekerjanya mendapat kemahiran tertentu, Certact menyediakan sebuah jawatkuasa latihan syarikat (CTC) bersama Kesatuan Sekerja Pekerja Perkilangan Lanjutan (AMEU) dan mendapatkan sokongan untuk melakar sebuah peta perjalanan teknologi sepanjang lima tahun mendatang.



NTUC berkata ia mempunyai 780 rakan CTC dan sejauh ini membantu 130 syarikat melancarkan peta perjalanan dan perkembangan operasi dan teknologi mereka bagi mengubah perniagaan dan pasukan tenaga manusia mereka.



Sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) juga ditandatangani oleh rakan tripartit dan pihak perniagaan untuk menekankan komitmen mereka terhadap pasukan tenaga manusia di sini serta transformasi perniagaan mereka menerusi Platform mudah alih eXperience (LXP) NTUC LearningHub.



Majlis memeterai MOU itu turut disaksikan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng. Antara yang menandatangani MOU itu ialah penyedia perkhidmatan keselamatan bersepadu Certis GROUP; Copthorne King's Hotel Singapore; M Hotel Singapore; dan Certact Engineering.



Applikasi LXP itu bertujuan menjadi sebuah platform sehenti untuk membolehkan pekerja dan majikan meningkat kemahiran atau pelajari semula kemahiran baru dengan lebih 75,000 kursus yang disediakan di platform tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >