Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Juadah berbuka bagi keluarga anak-anak berkeperluan khas

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



KELUAR makan bersama keluarga mungkin perkara lumrah bagi kebanyakan orang di sini.



Namun, bagi sesetengah keluarga yang mempunyai anggota keluarga dengan keperluan khas, hal tersebut bukanlah suatu yang dapat dilakukan dengan mudah.



Berdepan dengan sekitaran baru sudah cukup untuk mendatangkan keresahan pada segolongan kanak-kanak istimewa, yang kemudiannya akan mengalami 'meltdown' - keadaan apabila golongan autisme mengalami situasi keterlaluan yang membuat mereka hilang kawalan ke atas kelakuan mereka.



Bagi sesetengah keluarga ini pula, makan di luar merupakan pengalaman yang amat jarang dialami kerana mereka tidak mampu melakukan demikian.



Menyedari realiti tersebut, MIJ Hub Ltd bersama-sama Ashraf's Cafe telah memulakan satu inisiatif yang diberi nama The Takeout Campaign.



Dimulakan sejak tahun lalu apabila pandemik Covid-19 melanda, inisiatif tersebut kini berjaya membantu lebih dari 30 keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas, dengan menyediakan makanan bagi mereka setiap minggu.



Pada Ramadan pula, setiap keluarga menerima makanan dua kali seminggu.



Makanan yang dihantar ke rumah mereka itu disediakan segar dan panas setiap Selasa hingga Jumaat sebelum Ramadan, dan setiap Selasa hingga Ahad pada bulan puasa.



Berkongsi lebih lanjut mengenai inisiatif tersebut, pengasas MIJ Hub Ltd dan Ashraf's Cafe Ltd, Cik Faraliza Zainal, 50 tahun, berkata:



"Ada (di antara keluarga pelajar kami) yang kais pagi makan pagi, mereka hanya makan satu kali sehari.



"Ada pula yang hanya makan sardin, maggi...jadi dari situ kami tahu (bantuan) ini benar-benar diperlukan."



Sejak itu, kempen tersebut berjaya dimulakan dan diteruskan hingga kini hasil sumbangan orang ramai.



Yang istimewanya, mereka yang membungkus makanan-makanan tersebut ialah kakitangan berkeperluan khas di Ashraf's Cafe.



Ini bererti kempen itu bukan hanya membantu memberi makanan kepada keluarga yang berpendapatan rendah, malah memberi pekerjaan kepada golongan berkeperluan khas juga.



Seramai lima pekerja berkeperluan khas terlibat dalam pembungkusan makanan, kata Cik Faraliza.



Mereka dibantu kakitangan lain yang bukan berkeperluan khas.



Namun, pastinya ada cabaran yang dihadapi, terutama pada awal kempen tersebut, tambah beliau.



"Bagi mereka yang mempunyai autisme, apa-apa yang baru memang agak mencabar bagi mereka...mereka memerlukan struktur dan selesa melakukan perkara yang sudah terbiasa.



"Jadi pada awalnya, memang lambat. Ada juga yang perlu sering diingatkan ketika mereka melakukan pembungkusan tersebut," jelasnya.



Namun, melibatkan diri dalam kempen ini telah memberi impak positif pada pekerja berkeperluan khas ini, ujar Cik Faraliza.



Ia membangunkan keyakinan diri mereka, katanya.



Dihubungi, salah seorang penerima bantuan The Takeout Campaign, Cik Jamilah Mohd Dahar, 55 tahun, berkata beliau bersyukur dapat makanan percuma yang dihantar ke rumahnya.



Ini merupakan kali pertama beliau menerima bantuan makanan, meringankan lagi beban keluarga empat beranaknya itu yang bergantung pada pendapatan tunggal suaminya yang bekerja sebagai penjaga stor.



Cik Jamilah, yang mempunyai seorang anak berkeperluan khas, Encik Muhd Syukri Mohd Hani, 21 tahun, tidak bekerja kerana perlu menjaga anaknya itu.



Sementara itu, ditanya berapa lama The Takeout Campaign mahu diteruskan, Cik Faraliza berkata mereka mahu melakukan usaha murni itu seberapa lama yang mungkin, tergantung pada dana yang ada daripada derma orang ramai.



Rata-rata $40 diperlukan bagi menyediakan makanan bagi setiap keluarga, termasuk wang penghantaran.



Para penerima bantuan akan menerima bilangan bungkusan makanan berdasarkan saiz keluarga mereka, misalnya keluarga yang mempunyai lima anggota akan diberi lima bungkus makanan.



Mereka yang mahu menyumbang kepada usaha tersebut boleh menderma melalui http://give.asia/thetakeoutcampaign.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >