MENGAMBIL alih pengurusan kebun yang kecil di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada tahun 2015, Encik Aziz Ab Hamed, tidak menyangka satu program pemulihan berkebun akan menjadi popular dalam kalangan pesakitnya.
Hari ini, kebun kecil itu telah berkembang menjadi ladang hidroponik yang berukuran 320 meter persegi.