Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Juruterbang Singapore Airlines maut dalam kemalangan motosikal di Kuala Lumpur

Aug 24, 2018 | 10:43 AM
MAUT AKIBAT KEMALANGAN: Gambar yang tular di Facebook menunjukkan motosikal merah dan putih dengan plat nombor berdaftar Singapura di bahu jalan. Foto: FACEBOOK/HA NYUT
MAUT AKIBAT KEMALANGAN: Gambar yang tular di Facebook menunjukkan motosikal merah dan putih dengan plat nombor berdaftar Singapura di bahu jalan. Foto: FACEBOOK/HA NYUT -

SEORANG juruterbang Singapore Airlines (SIA) meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di Kuala Lumpur Rabu lalu (22 Ogos).

Gambar yang tular di Facebook, yang dikongsi pengguna Ha Nyut, menunjukkan sebuah motosikal merah dan putih dengan plat nombor berdaftar Singapura di bahu jalan.

Dikatakan kemalangan tersebut berlaku di Kuala Lumpur dan penunggangnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut laporan The Straits Times, mangsa merupakan juruterbang SIA, Encik Eugene Wang, 46 tahun.

Satu pos di Facebook Encik Wang yang dimuatnaik oleh isterinya pada pagi semalam berbunyi: "Dalam kenangan suamiku yang tercinta Eugene Bernard Wang. 10 Ogos 1972 hingga 22 Ogos 2018."

Seorang jurucakap SIA berkata:

"SIA dengan kesal mengesahkan bahawa salah seorang juruterbang kami meninggal dunia pada 22 Ogos. Keutamaan kami buat masa ini ialah untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan kepada keluarga juruterbang tersebut."

Menurut profil Facebooknya, Encik Wang berasal dari Kuala Lumpur dan menetap di Pasir Ris.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg