Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kad EZ-Link kini boleh ditokok nilai gunakan aplikasi telefon bijak

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



PENUMPANG pengangkutan awam kini berpeluang menggunakan kad yang boleh ditokok nilainya melalui aplikasi telefon bijak.



Penumpang boleh memilih untuk menggunakan sistem berasaskan akaun itu bagi semua kad serta 'charm' EZ-Link.



Sistem itu boleh dimulakan di semua mesin tiket dan Pejabat TransitLink serata Singapura, menurut kenyataan yang dikeluarkan EZ-Link semalam.



Kad-kad baru itu memaparkan pelekat di bahagian belakang, menandakan bahawa kad tersebut boleh digunakan dengan aplikasi EZ-Link.



Kad sedia ada yang menggunakan sistem itu tidak memaparkan pelekat tapi pemindahan kepada sistem baru itu dapat dilihat melalui aplikasi secara automatik.



Sistem berasaskan akaun ini menjimat masa dan tenaga kerana pengguna tidak perlu beratur di mesin tiket untuk menokok nilai.



Mereka juga tidak perlu cemas apabila mendapati nilai kad EZ-Link mereka tidak mencukupi apabila tiada mesin tiket berdekatan, kata Penguasa Pengangkutan Awam dalam kenyataan berbeza.



Penumpang boleh menggunakan kad EZ-Link mereka yang sedia ada, namun kad lama akan ditiadakan "selepas penumpang menyesuaikan diri kepada perubahan ini", kata LTA.



Sistem berasaskan akaun ini membolehkan pengguna menokok nilai akaun mereka dan juga akaun keluarga melalui aplikasi EZ-Link.



Pengguna juga boleh melihat perbelanjaan mereka dan menerima notifikasi bagi setiap transaksi yang dibuat atau apabila nilai dalam kad mereka rendah.



Jika kad tersebut hilang, pengguna boleh menghentikan sebarang transaksi menggunakan kad tersebut melalui aplikasi telefon bijak itu.



Dengan sistem baru itu, baki nilai kad dan tambang tidak akan dipaparkan di mesin bas atau pintu masuk MRT.



Ini kerana proses transaksi tersebut memerlukan masa yang lebih lama untuk mendapatkan data dan memaparkan transaksi tersebut, kata LTA.



Penumpang boleh melihat transaksi yang mereka buat melalui mesin tiket.



Maklumat transaksi tempoh 180 hari sebelum itu juga boleh didapati, selain akses kepada khidmat lain seperti menuntut mata menggunakan aplikasi TransitLink SimplyGo, kata LTA.



Kad baru itu juga tidak boleh digunakan bagi bayaran kenderaan seperti untuk Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) atau bayaran tempat letak kereta, kerana ia tidak sesuai dengan unit dalam kenderaan (IU), kata EZ-Link.



"Pemandu boleh menggunakan kad EZ-Link sedia ada dan digalakkan untuk menghubungkan kad tersebut kepada aplikasi EZ-Link untuk menikmati lebih banyak faedah dan khidmat digital bagi keperluan kenderaan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >