Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN SOROTAN PENDUDUK 2022 FOKUS BERITA

Kadar kelahiran bayi di S'pura naik sedikit pada 2021

Nisbah jumlah naik 1.12 tahun lalu; masih rendah berbanding sebelum Covid-19
Sep 28, 2022 | 05:30 AM



KADAR kelahiran bayi di Singapura meningkat sedikit tahun lalu berbanding 2020, namun masih lebih rendah berbanding kadar yang dicatat sebelum Covid-19.



Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) Singapura, yang memberikan nisbah jumlah bayi yang dilahirkan di Singapura bagi setiap wanita yang boleh bersalin, meningkat daripada paras paling rendah dalam sejarah, iaitu 1.10, pada 2020 kepada 1.12 tahun lalu.



Namun, kadar itu tetap lebih rendah berbanding TFR yang dicapai pada 2019, iaitu 1.14.



Ini merupakan antara perangkaan terkini yang diterbitkan dalam laporan Sorotan Penduduk 2022 oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) yang dikeluarkan semalam.



Sementara TFR bagi kaum Cina dan India turut meningkat tahun lalu, TFR bagi kaum Melayu kekal di tahap sama pada 1.82, berbanding 2020.



TFR bagi kaum Cina meningkat daripada 0.94 pada 2020 kepada 0.96 tahun lalu, manakala TFR bagi kaum India pula naik daripada 0.96 pada 2020 kepada 1.05 tahun lalu.



Meskipun begitu, TFR nasional masih di bawah kadar penggantian, iaitu 2.1.



Kali terakhir TFR mencecah kadar kesuburan penggantian itu adalah pada 1976.



"TFR kita rata-ratanya merosot sejak beberapa dekad lalu, sebahagian besarnya disebabkan jumlah golongan bujang yang meningkat, mereka yang berkahwin lambat dan pasangan sudah berkahwin yang melahirkan jumlah anak yang berkurangan," kata laporan tersebut.



Menurut laporan itu, terdapat 31,713 bayi warga Singapura yang dilahirkan tahun lalu, kurang sedikit berbanding 31,816 bayi warga negara ini yang dilahirkan pada 2020.



Dalam tempoh lima tahun lalu dari 2017 hingga 2021, terdapat sekitar 32,200 bayi warga Singapura yang dilahirkan setiap tahun secara purata.



Jumlah ini lebih rendah berbanding sekitar 32,900 bayi warga Singapura yang dilahirkan setiap tahun secara purata bagi tempoh lima tahun sebelum itu, iaitu dari 2012 hingga 2016.



"Ini disebabkan jumlah kelahiran yang rendah sedikit pada 2020 dan 2021, yang antara lain disebabkan rancangan untuk berkahwin dan menimang cahaya mata yang tertangguh dek ketidakpastian akibat Covid-19," menurut laporan itu.



Sementara itu, laporan tersebut juga mendedahkan bahawa usia median ibu warga Singapura yang melahirkan zuriat pertama mereka juga telah bertambah.



Usia median ibu warga Singapura yang menyambut kelahiran anak pertama mereka tahun lalu adalah 31 tahun, lebih lewat berbanding usia median 29.8 tahun pada 2011 dan usia median 30.8 tahun pada 2020.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >