Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar Melayu alami masalah kesihatan mental lebih tinggi berbanding kaum lain

Sep 27, 2023 | 07:02 PM



Lebih ramai orang Melayu mengalami masalah kesihatan mental berbanding kaum lain di sini, menurut dapatan Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) yang dibentangkan pada Rabu.

Tinjauan kesihatan itu turut mendedahkan orang Melayu kurang terbuka mendapatkan bantuan bagi menangani masalah itu daripada pakar seperti doktor, kaunselor, pakar psikologi dan psikiatri, berbanding kaum lain.

Sebaliknya, hasil tinjauan menunjukkan mereka lebih rela meluahkan masalah kepada “rangkaian sokongan tidak formal” termasuk teman, rakan sekerja, saudara-mara, pemimpin agama dan guru di sekolah.

Berdasarkan dapatan tinjauan tersebut, hampir seperlima atau sebanyak 19.5 peratus orang Melayu yang ditinjau mengalami masalah kesihatan mental berbanding kaum Cina (16.4 peratus) dan India (15.7 peratus) pada 2022.

Jumlah warga Singapura berbangsa Melayu yang mengalami kesihatan mental kurang baik pada 2022 juga meningkat daripada 16.3 peratus pada 2020.

Ini turut mencerminkan trend di mana jumlah warga Singapura yang mengalami masalah kesihatan mental semakin meningkat tahun demi tahun.

Sebanyak 17 peratus warga Singapura yang ditinjau pada 2022 menunjukkan kesihatan mental yang kurang baik berbanding 13.4 peratus pada 2020 dan 12.5 peratus pada 2017.

Tinjauan NPHS melibatkan saiz sampel sekitar 8,000 warga dewasa setempat berusia antara 18 dengan 74 tahun menerusi sesi soal jawab isi rumah antara Julai 2021 dengan Jun 2022.

Ia juga merangkumi dapatan hasil pemeriksaan kesihatan seramai 9,000 warga dewasa setempat semasa tempoh sama.

Responden yang ditinjau turut ditanya mengenai keterbukaan mereka meminta bantuan apabila merasakan mereka tidak mampu menghadapi tekanan, dan secara amnya, lebih ramai warga Singapura – sebanyak 79.7 peratus – lebih terbuka mendapatkan bantuan daripada rangkaian sokongan tidak formal berbanding 56.6 peratus yang merujuk kepada pakar penjagaan kesihatan.

Trend nasional itu turut dicerminkan di kalangan masyarakat Melayu di mana sekitar 81.8 peratus – kadar paling tinggi berbanding masyarakat lain – akan meminta sokongan saudara-mara, teman dan rangkaian sokongan tidak formal lain apabila menghadapi tekanan.

Ini berbanding 53.7 peratus anggota masyarakat yang merujuk masalah kesihatan mental mereka kepada pakar kesihatan.

Dalam pada itu, secara amnya jumlah warga Singapura yang lebih terbuka mendapatkan sokongan dalam menghadapi tekanan meningkat pada 2022 berbanding sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >