Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pengangguran belia susut ke paras terendah dalam 24 tahun

Mar 17, 2023 | 05:30 AM



KADAR pengangguran belia telah turun ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun.



Ini didorong peningkatan dalam pengambilan pekerja selepas pandemik dalam industri seperti makanan dan minuman (F&B).



Kadar pengangguran bagi rakyat Singapura dan penduduk tetap yang berusia 15 hingga 24 tahun adalah 5.9 peratus, turun daripada 7.3 peratus pada 2021.



Ini adalah kadar paling rendah sejak kadar 4.3 peratus dicatat pada 1997.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan, pada Rabu bahawa kadar pengangguran yang rendah pada tahun lepas boleh mencerminkan adanya banyak kerja sambilan atau sementara dalam sektor-sektor seperti runcit dan F&B akibat sekatan Covid-19 yang telah berkurangan.



Mereka yang masih belajar atau dalam latihan dan tidak mencari pekerjaan tidak diambil kira dalam tenaga buruh belia.



Laporan penuh pasaran buruh oleh MOM bagi 2022 juga menyatakan bahawa kira-kira 40 peratus pekerja belia berada dalam jawatan sementara atau pekerjaan kontrak.



Kebanyakannya daripada mereka terdiri daripada para pelajar yang bekerja secara sambilan.



Kementerian itu menyatakan 27 peratus belia yang mempunyai pekerjaan masih bersekolah atau sedang bercuti.



Menurut laporan itu, para pekerja sepenuh masa membentuk sekitar 73 peratus daripada semua warga belia yang diambil bekerja pada Jun 2022.



Laporan itu menyatakan: "Apabila belia mendapat pekerjaan, mereka seringkali bekerja sepenuh masa. Ini tidak berubah dengan ketara dan setanding dengan tahap sebelum pandemik pada 2018 dan 2019."



Keperluan belia yang berbeza dalam pasaran kerja seringkali mempengaruhi kadar pengangguran bagi golongan ini berbanding dengan kumpulan umur yang lain.



Ini sejajar dengan apa yang dialami negara lain, tambah kementerian itu.



Namun demikian, kadar pengangguran 5.9 peratus pada 2022 adalah jauh lebih rendah berbanding kemerosotan sebelumnya, seperti 8.8 peratus yang dilihat semasa krisis kewangan global 2009.



MOM mengatakan bahawa Singapura juga cemerlang tahun lalu berbanding dengan negara maju lain seperti Amerika Syarikat, yang mencatat kadar pengangguran belia hampir 10 peratus, atau Finland, yang melebihi 16 peratus, pada 2021.



"Pengangguran belia kebanyakannya bersifat sebagai satu peralihan buat jangka pendek," kata MOM.



Belia yang menganggur bagi jangka panjang atau sekurang-kurangnya 25 minggu, membentuk 0.5 peratus daripada tenaga buruh belia pada 2022.



Ini lebih rendah berbanding krisis SARS 2003, krisis kewangan global 2009 dan pada 2019 sebelum pandemik.



Kadar pada 2022 juga lebih baik berbanding kadar 2021 daripada ekonomi negara maju lain seperti Perancis, Hong Kong dan Britain, yang mencatatkan kadar antara 3.9 hingga 4.9 peratus, kata MOM.



Laporan itu turut meneliti kadar penduduk belia yang bukan dalam pekerjaan, pendidikan atau Latihan (NEET).



Angka itu berguna untuk memahami kesukaran mencari pekerjaan untuk belia, serta kemungkinan mereka "terbiar dari segi ekonomi", kata MOM.



Kadar Singapura sebanyak 4 peratus pada 2022 menunjukkan bahawa hanya segelintir golongan muda yang tidak terlibat dalam pekerjaan atau latihan, jauh lebih rendah daripada yang dialami oleh negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada 2021.



Ia juga merupakan penurunan ketara daripada 5.3 peratus yang diukur pada kemuncak pandemik pada 2020.



MOM berkata kelaziman belia NEET yang rendah merupakan bukti kepada kualiti sistem pendidikan Singapura.



"Bersama-sama dengan kedudukan Singapura di peringkat antarabangsa yang baik dari segi kadar pengangguran yang rendah dan kadar pengangguran jangka panjang, hasil pasaran buruh yang menggalakkan bagi para belia Singapura membuktikan sistem pendidikan dan latihan Singapura yang bermutu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >