Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kadar sumbangan MBMF naik mulai Jun

Mar 12, 2016 | 04:39 PM

KADAR sumbangan pekerja Islam kepada Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) akan dinaikkan antara $1 hingga $10 mulai Jun ini.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim berkata kenaikan kadar itu akan menghasilkan dana tambahan sebanyak $6 juta setahun kepada pungutan MBMF yang kini mencecah $20.2 juta setahun.

Beliau mengumumkan semakan itu semasa berucap di Seminar Perancangan Kerja Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Hab Islam Singapura pagi tadi.

Mulai 1 Jun, kadar sumbangan bagi pekerja berpendapatan $2,000 ke bawah akan dinaikkan $1.

Sementara itu, mereka yang berpendapatan antara lebih $2,000 dengan $4,000 akan membayar tambahan $1.50 hingga $2.50 sebulan.

Sekarang ini juga, pekerja yang berpendapatan lebih $4,000 menyumbang $16 sebulan.

Namun di bawah rangka kerja baru baru itu, kadar sumbangan MBMF ialah $19.50 bagi pekerja berpendapatan antara lebih $4,000 dengan $6,000; $22 bagi pendapatan antara lebih $6,000 dengan $8,000; dan $24 bagi pendapatan antara lebih $8,000 dengan $10,000.

Mereka yang meraih pendapatan lebih $10,000 pula akan menyumbang $26 sebulan.

Dalam pada itu, Dr Yaacob turut membentangkan Rancangan Tiga Tahun Muis yang kelima (5M3YP).

Rancangan itu menggariskan empat matlamat utama Muis bagi tiga tahun mendatang iaitu memperluaskan laluan bagi pendidikan Islam, membangunkan keupayaan asatizah, mempertingkat nilai madrasah dan memperkasa masjid.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3