Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kagum lihat alumni berjaya jadi pendorong untuk cemerlang

Lulusan jurusan Sains Biomedikal ingin jadi contoh yang baik kepada tiga adiknya
May 28, 2021 | 05:30 AM



Upacara penyampaian diploma Politeknik Republik (RP) yang ke-16 diadakan dari 3 Mei hingga 10 Mei, menandakan pencapaian 4,138 Latihan Prapekerjaan (PET) dan mencatatkan 790 kelulusan Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) dari sebanyak 71 kursus diploma. BERITA HARIAN memaparkan dua lulusan yang meraih keputusan cemerlang dalam kalangan kohort mereka.




DALAM masa 10 tahun, beliau melahirkan azamnya untuk menjadi seorang guru supaya dapat menekankan kepentingan pendidikan dan membantu pelajar mencapai potensi sepenuhnya.



Encik Muhd Farid Saifuddin, 20 tahun, baru sahaja lulus diplomanya dalam bidang sains biomedikal dari Politeknik Republic (RP)



Sebelum memasuki politeknik, beliau akui beliau bukan seorang murid yang rajin dan tidak mementingkan akan pembelajarannya, kata bekas pelajar Sekolah Menengah Ngee Ann itu.



Namun, ketika ingin memilih sekolah selepas peperiksaan peringkat 'O', beliau kagum melihat alumni dari RP yang berjaya dan ia menjadi suatu dorongan baginya untuk memilih sekolah itu dan bekerja keras.



Dengan semangat untuk cemerlang, beliau kini adalah antara 10 peratus pelajar yang meraih keputusan yang tertinggi dalam kursusnya itu.



Apabila dihubungi Berita Harian, beliau menceritakan bahawa sejak sekolah menengah, minatnya terhadap subjek biologi sudah dipupuk dan itulah salah satu sebabnya mengapa beliau menceburi bidang sains ketika di politeknik.



"Saya memang minat dalam subjek biologi sejak menengah tiga dan untuk saya, tidak susah menghafal istilah sains yang dipelajari kerana sudah minat," ujar abang sulung kepada tiga adik yang berusia antara 11 hingga 17 tahun itu.



Encik Farid bukan sahaja pelajar yang cemerlang, namun kemahiran kepimpinannya juga terserlah.



Beliau adalah naib presiden bagi Persatuan Muslim di RP dan presiden sebuah kumpulan RP yang dipanggil Maven Interest Group pada 2019, di mana beliau mengawasi pelbagai acara dan bengkel pembelajaran perkhidmatan.



"Antara program yang saya tidak dapat lupakan ialah apabila kami mengendali sebuah program untuk keluarga yang kurang berkemampuan. Dalam program itu, kami mendidik mereka mengenai gaya hidup yang lebih sihat," kata kata beliau yang kini bekerja sepenuh masa sebagai ahli teknologi makmal perubatan di Hospital Besar Sengkang setelah selesai tempoh latihan bekerja sambil belajarnya.



Oleh kerana beliau bekerja, Encik Farid dimaklumkan pihak sekolahnya bahawa beliau tidak dapat menghadiri upacara penyampaian diplomanya.



Antara lain, Encik Farid juga meluahkan bahawa dorongan utamanya untuk bekerja keras ialah ibu bapanya.



"Ibu bapa saya juga bekerja keras untuk menjaga kami dan berusaha untuk memastikan kesemua anak mereka tidak dalam kesusahan dan semuanya mencukupi," ujarnya.



Ibunya seorang surirumah dan bapanya seorang jurutera.



Dalam pada itu, beliau juga ingin menjadi contoh yang baik kepada tiga adiknya.



"Kami semua rapat dan saya cuba menjadi abang yang baik dan mengajar mereka apa yang saya tahu sebaik mungkin," tambahnya.



Kini, beliau telah ditawarkan tempat di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam bidang kejururawatan, namun Encik Farid meluahkan bahawa beliau belum membuat keputusan untuk menerima tawaran itu kerana beliau juga minat dengan kursus radiografi diagnostik dari Institut Teknologi Singapura (SIT).



"Saya sering menasihati adik-adik saya agar tidak putus asa dan sentiasa usaha walaupun betapa sukar situasinya. Pastinya ada cahaya di setiap terowong yang gelap," nasihat Encik Farid.




"Kami semua rapat dan saya cuba menjadi abang yang baik dan mengajar mereka apa yang saya tahu sebaik mungkin... Saya sering menasihati adik-adik saya agar tidak putus asa dan sentiasa usaha walaupun betapa sukar situasinya. Pastinya ada cahaya di setiap terowong yang gelap."
- Encik Muhd Farid Saifuddin, lulusan Sains Biomedikal dari Politeknik Republic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >