Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian baru bagi ramal, cegah penyakit dalam kalangan rakyat S'pura

Dec 17, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH kajian longitudinal (jangka panjang dan melibatkan individu sama) baru dijangka membuka jalan bagi pembangunan alat lebih baik melalui perubatan tetap untuk meramal dan mencegah penyakit kronik dalam kalangan rakyat Singapura dan penduduk Asia lain.



Sekolah Perubatan Lee Kong Chian NTU (LKCMedicine) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), dengan kerjasama institusi penjagaan kesihatan lain di sini, akan memulakan kajian kesihatan populasi menyeluruh itu terhadap 100,000 rakyat Singapura selama beberapa dekad.



Kajian yang dinamakan SG100K itu akan memantau kesihatan dan kesejahteraan 100,000 orang dewasa daripada berbeza latar belakang dan etnik itu selama beberapa tahun akan datang.



Ia kemudian akan berusaha mengenal pasti faktor sosial, alam sekitar, gaya hidup dan genetik berkaitan penyakit lazim di Singapura, seperti kencing manis, darah tinggi dan barah.



Usaha pelbagai institusi itu dijalankan sedang penduduk Singapura semakin tua, yang menyumbang kepada peningkatan bilangan orang yang hidup dengan keadaan kesihatan jangka panjang seperti kencing manis, penyakit jantung dan barah, serta peningkatan berterusan kos penjagaan kesihatan.



Bercakap semasa pelancaran kajian itu semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata penyelidikan itu akan menjadi langkah baru dalam mengubah landskap kesihatan di Singapura.



"Di bawah SG100K, dengan pelan tindakan 100,000 peserta, penyelidik akan memantau dan mengikuti kesihatan dan kesejahteraan mereka sepanjang tahun.



"Penyelidik akan rujuk silang daftar penyakit, dan rekod kesihatan, sosial dan alam sekitar," ujar beliau.



"Ini akan memberi saintis pengetahuan lebih mendalam, dari segi konteks Asia, daripada interaksi antara alam semula jadi - genom - dan pemupukan - keadaan dan faktor sosial dan alam sekitar," tambahnya.



Menurut Encik Ong, kajian seperti itu akan membolehkan dan juga mempertingkat pembangunan perubatan tepat.



Ini bermaksud penyakit dapat ditangani dengan cara yang lebih tepat, pada awalnya dan pada akarnya, dan juga menyesuaikan rawatan dan penjagaan untuk pesakit.



Selain itu, perubatan tepat dapat digunakan untuk mengenal pasti individu lebih berisiko tinggi menghidap penyakit tertentu.



Menurut Encik Ong, ini selaras dengan inisiatif SG Lebih Sihat.



Bagi menyumbang secara peribadi kepada usaha itu, Encik Ong turut mengumumkan bahawa beliau telah mendaftar sebagai seorang peserta bagi kajian tersebut.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan dan Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, turut menyertai kajian itu.



Mengalu-alukan usaha tersebut, Cik Rahayu berkata:



"Usaha SG100K ini adalah satu usaha penting. Saya harap kita juga dapat melihat sokongan dan pelibatan masyarakat kita (masyarakat Melayu) dalam usaha ini kerana kita mahu juga data daripada masyarakat kita.



"Ini dapat digunakan pada masa akan datang dalam pencegahan penyakit dan memahami keadaan masyarakat kita untuk menjadi lebih sihat."




“Di bawah SG100K, dengan pelan tindakan 100,000 peserta, penyelidik akan memantau dan mengikuti kesihatan dan kesejahteraan mereka sepanjang tahun. Ini akan memberi saintis pengetahuan lebih mendalam, dari segi konteks Asia.”
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >