Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kakitangan awam akan terima bonus setengah bulan Julai ini

Jun 13, 2014 | 05:25 PM



KAKITANGAN awam bakal menikmati bonus pertengahan tahun sebanyak setengah bulan.


Selain itu, kakitangan awam Divisyen 4 akan menikmati kenaikan gaji bulanan sebanyak $70, sementara mereka dalam Divisyen 3 pula akan mendapat kenaikan gaji bulanan sebanyak $30 - melebihi kenaikan tahunan yang akan diterima untuk 2014.


Ini dinyatakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD), Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mereka hari ini.


Menjelaskan lanjut, PSD berkata, ekonomi Singapura tumbuh 4.9 peratus untuk tempoh tahun-ke-tahun bagi suku pertama 2014, tanpa ada perubahan dari pertumbuhan yang direkodkan dalam suku sebelumnya.


"Pertumbuhan ekonomi dijangka menjadi lebih baik dalam 2014, disokong oleh pemulihan berterusan di Amerika Syarikat dan zon Eropah.


"Di Asia, sedang ekonomi negara-negara Asean kekal berdaya tahan, pertumbuhan China dijangka sederhana tahun ini.


"Berlatarbelakangkan ekonomi global, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan meramalkan pertumbuhan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) antara 2 hingga 4 peratus.


"Namun begitu, risiko penurunan tetap ada, seperti peraturan kewangan Amerika diperketatkan lebih awal dari yang dijangkakan.


"Secara keseluruhannya, kadar pekerjaan di Singapura kekal rendah 2.1 peratus pada Mac 2014," kata PSD dalam kenyataannya itu.


Berlatarbelakangkan keadaan ini katanya, pemerintah telah memutuskan untuk membayar Komponen Gaji Berubah-Ubah Tahunan (AVC) pertengahan tahun sebanyak 0.5 bulan.


Pemerintah juga menyokong saranan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) untuk memberikan kenaikan gaji untuk pekerja bergaji kecil.


Pemerintah akan memberikan kenaikan gaji tambahan kepada kakitangan awam di Kelas 3 dan 4.


Ini merupakan tambahan kepada peningkatan tahunan yang dinikmati tahun ini.


Secara keseluruhannya, seramai 3,500 kakitangan di Divisyen 4 akan menikmati tambahan kenaikan sebanyak $70 sementara 5,500 kakitangan awam dari Divisyen 3 akan menikmati tambahan gaji $30.


Secara keseluruhannya, semakan NWC untuk kakitangan awam akan memberi manfaat kepada kira-kira 9,000 kakitangan awam dalam Divisyen 3 dan 4.


Ini memberi isyarat akan iltizam pemerintah untuk terus membantu meningkatkan gaji kakitangan awam yang bergaji kecil, sejajar dengan pertumbuhan pengeluaran dan aras gaji sektor swasta.


Bayaran AVC pertengahan tahun dan tambahan gaji untuk kakitangan Divisyen 3 dan 4 akan dibayar pada Julai ini.


Pembayaran untuk pertengahan tahun ini diputuskan selepas diadakan konsultasi dengan kesatuan sekerja sektor awam.


"Pemerintah akan memutuskan pembayaran AVC akhir tahun untuk kakitangan awam selepas mengambil kira kelakonan ekonomi Singapura pada separuh masa 2014," kata PSD dalam kenyataannya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >