Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIRI MEDISHIELD HAYAT

Kalkulator baru bagi anggar kos rawatan barah

Alat diharap bantu pesakit timbang pilihan rawatan sedang model insurans barah bakal disemak
Aug 24, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH kalkulator baru dilancarkan bagi membolehkan pesakit mengira kos rawatan kemoterapi dan barah agar mereka dapat menganggarkan perbelanjaan mereka.



Ini setelah Kementerian Kesihatan (MOH) bakal memperkenalkan perubahan terhadap model insurans barah bulan depan.



Oleh itu, satu pasukan daripada Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS) dan syarikat pemula teknologi kesihatan kecerdasan buatan (AI) tempatan, Bot MD, telah menghasilkan sebuah kalkulator kos - dikenali sebagai ChemoCalc - untuk menganggarkan kos rawatan pesakit dan menyediakan kaunseling kewangan bagi rawatan barah.



Mulai bulan depan, hanya ubat barah yang terbukti secara klinikal dan berkos efektif dalam Senarai Ubat Barah baru layak untuk mendapat tuntutan di bawah MediSave dan MediShield Hayat.



Ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengawal kos rawatan barah yang kian meningkat.



Majlis MediShield Hayat telah dilantik MOH bagi melaksanakan semakan terhadap MediShield Hayat dan saranan majlis itu sudah diterima pemerintah.



Antara perubahan besar ialah perubahan rawatan dan ubat-ubatan barah, kata salah seorang anggota Majlis MediShield Hayat, Cik Kohe Hasan, yang juga seorang peguam dan juga rakan kongsi firma guaman Reed Smith LLP di Singapura.



"Perbelanjaan bagi ubat-ubatan barah telah meningkat sebanyak 20 peratus setahun berbanding 6 peratus bagi ubat-ubatan lain,'' kata Cik Kohe.



Ini mendorong Majlis MediShield Hayat, dengan sokongan daripada sebuah jawatankuasa pakar onkologi, menyarankan perubahan kepada had perlindungan ubat-ubatan barah yang bertujuan untuk mengalihkan penjagaan ke arah ubat-ubatan yang lebih berkesan secara kos dan klinikal.



Perunding bersekutu di Jabatan Haematology-Onkologi di NCIS, Dr Jen Wei Ying berkata di bawah semakan itu setiap ubat barah kini mempunyai had tuntutan individu tertentu dan kelayakan untuk mendapat subsidi akan bergantung pada sebab untuk memberikan ubat tersebut.



"Subsidi juga akan ditentukan oleh pendapatan isi rumah per kapita pesakit, kelayakan untuk skim pemerintah lain dan status penduduk," katanya.



Selain itu, oleh kerana kebanyakan ubat barah disarankan doktor dalam bentuk dalam kombinasi dengan ubat-ubatan lain, hanya satu tuntutan boleh dibuat - dan ia merupakan ubat dengan had tuntutan tertinggi.



Lantas, perbelanjaan peribadi selepas mengambil kira subsidi dan kaunseling kewangan menjadi lebih kompleks untuk pesakit yang diberi gabungan ubat-ubatan dengan had tuntutan yang berbeza-beza, katanya.



Kos yang ditanggung semasa rawatan barah seperti kos ubat antiloya, akan mempunyai had pembayaran balik yang berasingan mulai bulan depan.



Oleh itu, kalkulator ChemoCalc akan dapat menganggarkan kos rawatan pesakit dan menyediakan kaunseling kewangan.



Ketua eksekutif dan pengasas bersama Bot MD, Cik Dorothea Koh berkata bahawa pelbagai skim - termasuk Senarai Ubat Barah, skim subsidi ubat seperti Dana Bantuan Ubat dan Senarai Ubat Standard, serta skim Perintis dan Generasi Merdeka - telah diintegrasikan ke dalam kalkulator itu.



Semua kakitangan di NCIS akan mempunyai akses kepada kalkulator melalui aplikasi atau wadah pencari web.



Doktor boleh menggunakan kalkulator untuk mendapatkan idea kos untuk pesakit dan memutuskan pilihan rawatan dan tindakan seterusnya, seperti merujuk pesakit kepada pekerja sosial perubatan, kata Dr Jen.



Kalkulator akan dikemas kini seiring dengan semakan nasional dan semakan harga untuk memastikan anggaran kos sejajar dengan jumlah sebenar yang dijangka dibayar oleh pesakit, kata Cik Koh.



ChemoCalc juga boleh disesuaikan untuk digunakan di institusi penjagaan kesihatan lain.



MOH berkata sebelum ini bahawa ubat-ubatan dalam Senarai Ubat Barah dan kegunaannya akan disemak dan, jika perlu, dikemas kini setiap empat bulan.



Pakar onkologi juga boleh meminta ubat ditambah.



Dengan perubahan itu, dianggarkan bahawa satu daripada 10 pesakit yang dirawat di sektor awam, tidak akan mendapat rawatan semasanya dilindungi oleh ubat-ubatan dalam senarai yang diluluskan. Jumlah itu dijangka lebih tinggi untuk sektor swasta.



"Pada masa ini, adalah mudah untuk menganggarkan bayaran balik untuk setiap pesakit - maksimum $3,000 ditolak daripada MediShield Hayat, dan $1,200 lagi daripada MediSave," kata Dr Jen.



Tetapi perubahan terkini mungkin bermakna pengiraan adalah kurang mudah, dan ChemoCalc akan membantu, tambahnya.



Presiden Persatuan Tumour Otak Singapura, Cik Melissa Lim, yang tidak terlibat dalam projek kalkulator, berkata memahami kos lebih awal boleh membuka pintu untuk pilihan rawatan yang lebih realistik dan membolehkan pesakit meneroka pelan rawatan yang lebih kos efektif tanpa lengah.



Dr Cheong May Anne, perunding bersekutu di Jabatan Haematologi Hospital Besar Singapura (SGH), yang juga tidak terlibat dalam projek itu, berkata dengan perubahan pada model pembiayaan untuk rawatan barah, kalkulator akan membantu memudahkan perbincangan rawatan doktor dengan pesakit.




"Perbelanjaan bagi ubat-ubatan barah telah meningkat sebanyak 20 peratus setahun berbanding 6 peratus bagi ubat-ubatan lain.''
- Cik Kohe Hasan, salah seorang anggota Majlis MediShield Hayat, yang juga seorang peguam dan juga rakan kongsi firma guaman Reed Smith LLP di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >