Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kampus Punggol SIT akan beroperasi menjelang 2024

May 22, 2023 | 05:20 PM



PELAJAR dan kakitangan yang menuntut di enam kampus Institut Teknologi Singapura (SIT) di Dover Drive dan politeknik-politeknik akan beralih ke Kampus Punggol secara berfasa.

Di samping itu, pengajian bagi kelas-kelas akan bermula pada September 2024 bagi tahun akademik yang baru.

Demikian dinyatakan SIT dalam satu kenyataan media sempena majlis tamat pembinaan struktur utama pada Isnin.

Majlis tersebut dirasmikan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Kampus tersebut, yang terletak di Daerah Digital Punggol (PDD) oleh Perbadanan Bandar Jurong (JTC), sudah hampir dua-pertiga siap setakat ini dan dijangka beroperasi menjelang separuh kedua 2024.

PDD bertujuan menjadi hab global Singapura untuk perniagaan bijak dan dijangka mewujudkan lebih 2,000 pekerjaan berkaitan teknologi.

Presiden SIT, Profesor Chua Kee Chaing, berkata:

“Peralihan ke Punggol menawarkan pelbagai peluang bagi SIT untuk membezakan dan mengukuhkan tawaran pendidikan kami.”

Majlis tersebut turut menyaksikan pengumuman perkongsian strategik antara SIT dan syarikat teknologi global Oracle serta Salesforce bagi “mempertingkatkan tawaran pembelajaran dan kajian gunaan universiti”.

Perkongsian strategik itu merupakan kerjasama di bawah Inisiatif Living Labs (LL) – ia membolehkan SIT, industri dan pihak berkepentingan pemerintah untuk bersama-sama membangun, menguji dan menggunakan idea-idea penyelidikan – tambah kenyataan tersebut.

Bagi kerjasama antara Oracle dan SIT atau dikenali sebagai SIT-Oracle LL, ia akan ketengahkan wadah medan ujian digital yang dinamik bagi membolehkan pelajar SIT, pengkaji dan rakan kongsi industri “bekerjasama pada penyelesaian dan inovasi perniagaan”.

Pengarah Urusan Oracle Singapore, Encik Chua Horng Shya, berkata: “Kami teruja bekerjasama dengan SIT untuk memanfaatkan Infrastruktur Awan Oracle bagi medan ujian digital pertama sedemikian, serta tawaran latihan-latihan bagi Akademi Oracle.”

Kerjasama antara SIT dan Salesforce atau Makmal Pembelajaran SIT-Salesforce pula bakal menyaksikan 50 pelajar SIT bagi setiap tahun akademik membangunkan aplikasi dan prototaip yang akan memberi manfaat kepada agensi perkhidmatan sosial.

Ia juga makmal pembelajaran pertama untuk Salesforce di Asia Pasifik.

Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar ASEAN Salesforce, Encik Sujith Abraham, berkata: “Dengan membangunkan penyelesaian untuk masalah dunia sebenar yang dihadapi oleh agensi perkhidmatan sosial, kerjasama ini... membantu organisasi bukan untung untuk mengorak perubahan secara digital dan memberi impak lebih besar kepada penerima mereka.”

Kampus Punggol SIT dibahagikan kepada dua iaitu SIT Campus Heart dan SIT Campus Court – masing-masing terletak di tapak seluas 49,000 meter persegi dan 42,000 meter persegi di PDD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >